13 Permainan popular kanak-kanak 80an

Brick game/ game watch
 Sebelum wujudnya game seperti hari ini  kanak-kanak pada tahun 80-an amat gemar dengan game Tetris ini. Pada mulanya game ini hanya boleh didapati di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur namun lama-kelamaan ianya mudah didapati  di negeri-negeri lain juga. Lepas tu boleh kata separuh dari kawan kawan kita juga mempunyai brick game ni. Permainan ini menguji kecekapan minda kita untuk menyusun kotak-kotak dalam pelbagai bentuk dan makin lama kita main, kelajuan game makin bertambah.


Game watch
  Game watch adalah satu permainan yang satu level up hebat daripada brick game. Ada pelbagai mainan contohnya racing kereta, koboi tunggang kuda elak pelbagai halangan seperti cactus, koboi tembak orang jahat dan pelbagai lagi. Siapa yg mak bapa dia berduit sikit, mesti boleh dapat ni. Tak boleh nak sembang panjang sebab saya cuma boleh dapat brick game sahaja.

Playdoh
 play-doh adalah permainan seperti tanah liat dalam pelbagai warna dan kita boleh membuat pelbagai bentuk dari playdoh tersebut. Masa tahun 80-an selalu keluar iklan playdoh buat burger dan French fries McDonald. Siapa yang ada ni mesti mak bapak dia ada duit lebih berbanding mak bapak yang boleh mampu beli game watch. Oleh kerana saya bukan tinggal di bandar besar maka saya tak pernah jumpa kawan-kawan saya mempunyai play-doh. Main plastesin biasa pun dah ok. Lagipun mak bapak tak berkenan dengan permainan seperti ini sebab permainan seperti ini boleh menyebabkan rumah kotor

Kalkitos
 kalkitos adalah satu permainan yang wujud dari tahun 60-an dan akhirnya terkubur pada tahun 80-an. Ia adalah permainan di mana kita perlu memindahkan kartun dari satu kertas/plastic ke kertas yang lain yang mempunyai background. untuk memindahkan kartun kita perlu tekap dan lakarkan pensil di atas kertas tekap tersebut. setelah lakaran pensil dibuat kartun akan melekat di kertas background. Saya tak tahu berapa harganya tapi saya rasa mungkin mahal sebab walaupun ala komik, saya pun hanya pernah mempunyai satu kalkitos sahaja seumur hidup.


Lego
 Lego adalah syarikat permainan yang berasal dari Denmark dan diasaskan dari tahun 1930 an. Walaupun Lego adalah jenama terkenal tetapi kebanyakan kanak-kanak pada tahun 80-an dan 90-an tak mampu nak beli Lego original dan hanya mampu membeli jenama jenama lain. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak ketika itu masih menggelarkannya LEGO walaupun jenama yg dibeli tu bukan Lego. Permainan ini menguji minda kanak-kanak dalam reka bentuk. 

 mak bapak juga suka beli Lego sebab kalau beli kereta mainan ianya mungkin membazir. Selalunya kanak-kanak yang main kereta mainan hanya seronok satu dua hari saja dan esoknya dah bosan. Dengan adanya Lego maka kanak-kanak itu boleh mencipta main mainan baru tanpa melibatkan kos tambahan untuk ibu bapa

Barbie
 Barbie adalah patung kanak-kanak yang terkenal utama kepada kanak-kanak perempuan pada tahun 80-an dan 90-an. ianya dikeluarkan oleh Syarikat Mattel dari Amerika Syarikat. Mattel juga mempunyai beberapa kilang di Malaysia dah Setahu saya kilang Mattel di Manjung mengeluarkan produk Barbie ini. Saya pernah berjumpa dengan bekas pekerja kilang Mattel manjung di mana tugas pertama beliau adalah memikirkan proses terbaik untuk menyikat rambut Barbie.


Hotwheels
 Satu lagi permainan yang terkenal keluaran Mattel adalah Hotwheels. Jika Barbie lebih menumpukan pelanggan perempuan, Hotwheels pula lebih menumpukan pelanggan lelaki. Hotwheels adalah mainan kereta. Ada yang kategori bajet dan ada juga yang dalam kategori premium. Yg premium selalunya ada kontrak dengan pengeluar kereta asal dan Mattel akan mengeluarkan model kereta tersebut dalam size yg kecil. Saya berpeluang melawat kilang Mattel di Perai berapa kali semasa di alam pekerjaan dan setiap kali saya masuk ke kilang Mattel saya teruja bila melihat koleksi-koleksi kereta mainan yang cantik dipamerkan di ruangan lobi. Saya difahamkan kilang Mattel akan menjadi lebih sibuk dari biasa bila menjelang hujung tahun kerana ketika hujung tahun itulah terdapat beberapa perayaan contohnya seperti Krismas. Ketika inilah kebanyakan ibu bapa ringan tangan membelikan hadiah untuk anak-anak.

 Saya juga difahamkan staf Mattel Perai, Pulau Pinang  boleh membeli mainan Hot Wheels dengan harga yang amat murah di kiosk yg terdapat  dalam kilang tersebut.

Kasut Roda
 kasut roda ni tak ramai yang ada sebab kemudahan yang terhad. ramai yang bermain di atas jalan raya dan atas sebab keselamatan ramai ibu bapa yang tak galakkan anak untuk bermain pun. Sampai hari ini pun susah nak nampak budak yang ada kasut roda.

Kereta control
 Masa mula-mula kereta kontrol ini dikeluarkan ramai budak-budak yang teruja. Masa tu juga ketika itu teknologi remote control Masih baru. remote kontrol TV pun baru wujud. ke Seronoklah budak-budak bila kita pusingkan tekanan kereta itu pun bergerak ke kanan mengikut arahan kita. siapa yang ada ni kira hebat sangatlah.


Dam ular
 Dam ular ni best sebab ia punya murah dan boleh dimainkan dengan beberapa orang. Mula-mula kita perlu membaling dadu dan menggerakkan kita punya buah berdasarkan nombor dadu tersebut. Kalau kita punya tapak tu kena dekat tangga maka kita boleh naik dan Kalau tapak kita itu adalah kepala ular maka kita pun kena turun bawah. Selalu juga daripada 100 petak, kepala ular ni terletak pada petak 99. Walaupun kita mendahului dari pemain-pemain lain tapi tak semestinya kita boleh menang selagi tak melepasi petak99 ni. silap-silap dari petak 99, boleh terus turun ke petak nombor 3.

Saidina/ Jutaria
 Saidina ataupun Jutaria adalah dua permainan yang mengajar kanak-kanak dalam bidang pelaburan.  seronok rasanya bila kecil-kecil lagi dah ada empat hotel.  yang paling tak suka Bila kena bayar kat kawan sebab menginap di hotel ataupun rumah sewa dia.  permainan ni simple je, siapa yang kaya dialah yang menang.
Sahiba
 Sahiba adalah permainan yang menguji perbendaharaan kata. Siapa yang pandai dalam perbendaharaan kata maka dia punya peluang untuk menang adalah tinggi. tak ramai kanak-kanak yang mempunyai permainan ini kerana harganya agak mahal. Selalunya sekolah yang belikan dan diletakkan di perpustakaan sekolah. di sekolah pun banyak juga blok blok huruf yang hilang dan menghadkan keupayaan kita dalam membentuk perkataan.


Mainan dari Hasbro
 syarikat permainan dari Amerika iaitu Hasbro banyak mengeluarkan mainan yang dikategorikan sebagai action figure pada tahun 80-an dan 90-an. Tak cukup dengan mainan Hasbro juga menerbitkan kartun-kartun yang berdasarkan mainan yang mereka keluarkan contohnya seperti Mask, Transformers, GI Joe dan lain lain. Sekarang ni hasbro terkenal dengan filem-filem bajet besar.

Askar terjun
 Askar terjun ni membuatkan ramai kanak-kanak ketika itu agak gila. secara asasnya lagi tinggi kita baling lagi best lah askar tu terjun dengan payung terbuka elok. oleh kerana itu Saya pernah menaiki bumbung flat 10 tingkat blok A5 TLDM untuk membaling askar terjun ini. ketika itu saya baru berumur lapan tahun. Bila difikirkan semula saya amat bersyukur kerana masih hidup lagi hari ini. flat tu terletak di tepi laut dan bila angin lalu memang kita boleh terasa angin tolak badan kita. saya yg ketika itu budak 8 tahun pula boleh berdiri di tepi hujung sudut bumbung flat untuk membaling askar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan