Resipi: Memanaskan dan juicy kan kembali makanan yg disimpan dalam peti sejuk
Untuk sesiapa yang mempunyai peti sejuk di rumah, satu masalah yang selalu pengguna hadapi adalah makanan menjadi terlalu kering selepas selepas berada di dalam peti ais semalaman. Apabila kita panaskan makanan yang dikeluarkan dari peti ais, makanan tersebut tetap juga terlalu kering. Bila makanan menjadi terlalu kering, makanan itu menjadi tidak sedap. Daging ayam KFC yang lembut pun boleh terasa macam hampas bila kering.
Memanaskan makanan dengan menggunakan microwave memang lebih cepat dan biasanya memerlukan masa lebih kurang dua minit sahaja. Tetapi jika hasilnya tak sedap pun tiada gunanya.
Namun setelah saya menggunakan periuk tekanan tinggi noxxA, makanan yang dikeluarkan dari peti ais bukan lagi masalah. Dengan menggunakan cara yang saya akan kongsikan ini, makanan yang dikeluarkan dari peti ais itu akan berjus kembali setelah dipanaskan.
Biasanya saya menggunakan periuk tekanan tinggi Noxxa untuk memanaskan nasi, lauk ayam, lauk ikan lauk daging, sate dsb.
Cara cara
1. Mula-mula masukkan 100ml air ke dalam periuk Noxxa.
2. tekan mode stir-fry 1 kali.
3. perhatikan sehingga air mendidih di dalam periuk Noxxa. Biasanya tak sampai dua minit.
4. Setelah mendidih masukkan makanan yang kita hendak panaskan itu.
5. Setelah kita masukkan bahan makanan, kita kita boleh terus menutup periuk Noxxa dan padamkan elektrik. Kalau masak nasi sebaiknya kita kacau dulu nasi bagi sebati dengan air yang tengah panas dalam periuk tu.
6. Setelah beberapa minit( biasanya saya ambil 10 minit) kita boleh buka periuk, ambil makanan dan hidangkan.
Saya suka merancang lebih awal jadi 10 minit menunggu itu bukan masalah bagi saya. Kadang-kadang saya terlupa yang saya biarkan makanan di dalam periuk tekanan tinggi Noxxa sehingga 1 jam!
Secara teorinya kita perlukan wap untuk meresap ke dalam makanan supaya makanan kembali berjus. Dengan menggunakan kaedah ini, nasi yang telah disimpan di dalam peti ais selama beberapa hari pun masih lagi terasa segar semasa kita makan
Semoga tips ini memberi manfaat dan selamat mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan