Kenapa perlu check kelayakan loan rumah terlebih dahulu (part 2)


Kali ini saya nak sentuh bab yang saya pernah sentuh sebelum ini; iaitu mengapa kita perlu cek had kelayakan loan terlebih dahulu bila kita buat keputusan untuk cari rumah yang kita nak beli.

  Mungkin ada sesetengah pembeli yang berpendapat bahawa cek had kelayakan loan ini adalah perkara remeh. Nak tengok rumah terlebih dahulu dan jika berkenan barulah mereka nak check kelayakan loan. Mereka tak kisah ke hulu ke hilir, berhujan berpanas, bawa baby, luangkan masa, tenaga dan juga duit untuk tengok rumah.

 Mereka kena faham bahawa nak tengok rumah subsales ni, kita perlu dapat persetujuan daripada pihak penjual. Kalau anda sendiri pun adalah penjual mesti anda tidak mahu ramai orang sewenang wenangnya datang tengok rumah anda. Pasti anda akan setkan beberapa kriteria untuk datang tengok rumah anda. Contoh soalan basic yang anda mungkin tanya adalah "adakah prospek yang datang ni loan boleh lulus?". Adakah yang datang ini adalah pembeli yg serious? Dari pengalaman saya hampir kesemua pembeli yang serius akan beri kerjasama dengan agent hartanah mereka untuk sembang bab kelayakan terlebih dahulu.

 Kalau kita bagitahu yang nak datang ni loan boleh lulus dan cukup syarat, maka pemilik rumah pun senang hati untuk menerima kunjungan bakal pembeli tadi. Sebab bila bakal pembeli datang untuk melihat rumah, maka si pemilik tadi perlulah tetapkan jadual dia dan batalkan semua urusan lain. Rumah pun kena kemas sebaik-baiknya. Ada juga pemilik yang tinggal di rumah berbeza dari rumah yang nak dijual. Maka si penjual perlu mengeluarkan kos minyak untuk melayan si bakal pembeli.

Harap bakal pembeli faham mengapa perlunya check had kelayakan loan rumah terlebih dahulu.

Versi YouTube

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth