Zul Tawa Cendol Sungai Dua


 Kali ini, saya ingin mengajak anda ke satu tempat makan baru di Sungai Dua Butterworth di Pulau Pinang. Di sini, terdapat banyak kedai yang menjual cendol, tetapi tidak banyak yang benar-benar sedap. Contoh cendol yang sedap yang pernah saya sebutkan sebelum ini adalah cendol Maklom, Teow Chew Chendol di Penang Road, dan juga cendol ais tingkap di Penang Road. Cendol ais tingkap ini juga baru-baru ini menjadi sedap. Mungkin mereka telah menukar resipi. Mengenai cendol Maklom, saya tidak pasti sama ada mereka masih buka sekarang kerana setiap kali saya pergi, mereka tutup. Sudah lebih dari 3 kali saya pergi tetapi selalu tutup. Saya tidak pasti sama ada mereka tutup secara tetap atau hanya tutup awal kerana cendol sudah habis.

Sejak cendol Maklom tutup (tidak pasti), saya selalu mencuba mencari cendol di pelbagai tempat. Banyak tempat yang telah saya cuba, tetapi saya enggan untuk menulis dalam blog kerana mungkin citarasa saya berbeza. Suatu hari, semasa saya mengambil pesanan dari Pizza Hut di Sungai Dua Butterworth, saya melihat ada sebuah gerai berdekatan. Saya perasan bahawa gerai ini sudah lama wujud, tetapi tidak ramai orang datang untuk makan di sini.
 Semasa menunggu pesanan saya siap, saya memutuskan untuk mencuba cendol di gerai tersebut. Selain cendol, mereka juga menjual laksa. Ketika saya datang, hanya ada seorang yang sedang makan cendol di sini. Saya beranikan diri untuk memesan cendol biasa. Dua minit kemudian, cendol yang saya pesan telah tiba. Ternyata, rasa cendol ini sangat sedap. Ia kelihatan pekat dan likat. Apabila saya mengacau, gula merah yang kat dalam cendol ini semakin terasa sedap apabila ia naik ke atas. Ternyata, cendol biasa ini juga mengandungi kacang merah. Saya mula makan dan tidak tahu hendak kata apa kerana rasanya yang sedap.

Saya menyesal kerana sebelum ini pernah melihat tetapi tidak singgah. Orang putih mengatakan, "Jangan menilai buku dari kulitnya." Ya, betul jangan anggap tempat ini tidak ramai orang maka rasa cendolnya tidak sedap. Hanya orang yang tidak tahu sahaja yang berfikiran begitu. Setelah selesai makan, saya terkejut kerana harganya hanya RM2 sahaja. Di mana lagi boleh cari cendol yang sedap tetapi murah seperti ini? Saya juga bungkus satu untuk dibawa pulang. Sejak itu, anak-anak saya yang asalnya tidak makan cendol pun sudah mula makan. Memang sukar untuk suruh anak-anak makan, tetapi sekarang tidak lagi. Dulu, bungkus satu sahaja untuk dibawa pulang, tetapi sekarang kena bawa tiga! Akibat dari kerap makan cendol yang pekat dan likat ini, berat badan kami sekeluarga naik beberapa kilo dalam sebulan. Rasanya sangat sedap hingga tidak terlupakan.

Sila kongsi dan berikan komen jika anda pernah ke sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan