Pengalaman ke Teashop 2 Bharat tea Cameron Valley
Kemudian kami ke Bharat tea. Selalunya sibuk dan susah nak cari tempat letak kereta dan tempat duduk semasa cuti sekolah. Bergerak turun dari Tanah Rata, kami mengambil keputusan untuk melawat Teashop 2 kerana takut kedai teh 1 yang original, vintaj dan unik itu sudah sesak.
Kami tidak pernah mengunjungi kedai teh 2 sebelum ini.
Kami tiba di kedai Teh 2 kira-kira jam 12:30 tengahari dan ini adalah waktu puncak mereka. Namun kami bernasib baik kerana berjaya mencari tempat letak kereta di tepi jalan berhampiran restoran. Beratur untuk makan dan minum juga tidak lama.
Pemandangan dari balkoni adalah menakjubkan dan ia sesuatu yang semua orang tidak boleh ketinggalan. Tidak ramai yang tahu bahawa pemandangan dari tandas juga menakjubkan.
Ini adalah makanan dan minuman kami. Ia berharga MYR72.
Saya memesan teh masala dan rasanya sangat enak.
Teh Masala berasal dari India telah mendapat populariti di seluruh dunia kerana rasa dan sifat memanaskan badan. Teh Masala paling sesuai dinikmati selepas makan ketika cuaca sejuk.
Apa pun perasaan makan dan minum disini tak seseronok makan dan minum di teaShop 1 kerana meja makan kami agak jauh dari pemandangan lembah teh. Walaupun agak kecil tetapi TeaShop 1 lebih dekat dengan lembah teh dan menawarkan pemandangan yang lebih menarik.
Terdapat juga kedai di mana boleh membeli produk berkaitan teh dan cenderahati lain. Kami sudah membeli teh di BOH sungai palas. Maka kami tidak membeli teh disini.
Ulasan
Catat Ulasan