Pengalaman kereta Perodua Myvi tak boleh hidup ( bukan masalah bateri) dan barang apa yang bengkel tukar
Semalam kereta Perodua Myvi saya ada masalah untuk Start enjin. Dah beberapakali cuba tapi tetap tidak berjaya. Maka saya pun ke bengkel terdekat dan minta mereka datang untuk periksa. Mereka hantar seorang staff bersama bateri.
Bila tiba, Staff pun buka bonet depan dan dia bagitahu bateri kereta masih lagi original. Saya pun sebenarnya terlupa langsung untuk tukar bateri kereta sebab kereta ini jarang digunakan. Dia ingatkan kereta ini berusia 3 tahun. Bila saya bagitahu usianya sudah 6 tahun, staff tu terkejut.
Selepas dicuba dengan bateri baru, ianya masih tidak boleh hidup. Kemungkinan throttle body kotor atau masalah spart plug katanya. Maka kereta harus ditunda ke bengkel. Untuk towing, saya menghubungi takaful Malaysia dan alhamdulillah takaful Malaysia sangat membantu dan memudahkan. Ini kali kedua saya menggunakan khidmat tunda melalui Takaful Malaysia.
Sejam kemudian lori tunda pun tiba dan kereta saya dibawa ke bengkel. Baru saya perasan yang kedai itu sebenarnya adalah kedai tayar. Saya pastikan sekali lagi adakah mereka mampu buat dan mereka katakan ya. Mereka beritahu memang banyak kereta Perodua Axia dan Myvi yang ada masalah tak boleh hidup.
2 jam kemudian saya terima Call dari bengkel dan diberitahu apa yang perlu ditukar. Barang yang perlu ditukar adalah
Bateri yang berharga RM220
Computer tuning yang berharga RM150
Spark plug Iridium yang berharga RM280
Spark plug terlalu mahal bagi saya dan saya minta mereka cari alternatif lain. Kemudian mereka kembali dengan cadangan untuk menggantikan Spark plug ke jenama Denso. Ianyanya juga iridium dan berharga RM220. Saya setuju. Oleh kerana hari sudah lewat petang, bengkel beritahu bahawa kereta tak boleh siap pada hari semalam juga. Saya OK.
Hari ni bengkel bagitahu kereta sudah siap. Saya pun pergi ambil kereta dan bayar semua dengan harga RM590. Alhamdulillah kereta hidup.
Moga info ini berguna kepada sesiapa yang bakal atau sedang melaluinya.
Ulasan
Catat Ulasan