Melawat pasar malam Cameron Highlands 2023
Kemudian kami ke pasar malam yang terletak diantara Tanah Rata dan Brinchang. Dari simpang masuk ke sini kami dapati kenderaan sudah beratur. Kami sangkakan tiada pasar malam pada hari ini kerana hari ini adalah hari Isnin. Rupanya pasar malam tetap beroperasi setiap malam pada musim cuti sekolah.
Kami parkir kereta ditempat yang sama kami parkir sebelum ini dan kemudian berjalan kaki.
Berikut ialah beberapa perkara yang kita boleh jangkakan untuk ditemui di pasar malam ini.
Strawberi,Makanan bergoreng, Sate, Campuran teh, Burger, cenderahati seperti rantai kunci, magnet peti sejuk, tumbuhan hiasan, pakaian, mainan, madu, sarang lebah, sayuran segar seperti baby kai lan, tomato, ubi keledek, jagung, terung, gula-gula, makanan ringan seperti cendawan goreng, strawberi yang dicelup coklat, Apam Balik, jagung rebus dan bakar, minuman strawberi, jem strawberi dan jem buah buatan sendiri yang lain.
Selepas pusing pasar malam sebanyak 2 kali, kami pun pulang ke apartmen. Perjalanan lancar ke kea Farm disebabkan oleh semua kedai telah pun ditutup. Kemudian kami bersantai di ruang balkoni sambil menikmati makanan yang dibeli di pasar malam tadi. Ketika ini suhu adalah sekitar 19 darjah Celsius.
Ulasan
Catat Ulasan