Parking di tempat baru Kea Farm 2023

Kami sampai di Tringkap lebih kurang 11:30 pagi. Namun keadaan trafik mula perlahan dan boleh dikatakan terus berhenti apabila kami berada lebih kurang 2 kilometer sebelum Kea Farm. Selepas 2 jam, kami pun tiba di Kea Farm dan cuba untuk Check in awal, namun tidak dibenarkan. Check in apartmen hanya dibenarkan selepas 3 petang. 

Oleh kerana itu, kami luangkan masa yang ada untuk ke gerai gerai yang terdapat disekitar Kea Farm yang menjadi kewajipan bagi setiap pengunjung di Cameron Highlands. 


Kami parking tempat parking yang baru dan kami agak risau kerana kelihatan seperti kami perlu mendaki bukit yang tinggi dan berjalan jauh ke gerai gerai jualan. Parking disini adalah berbayar. Bayaran adalah RM4 untuk jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya. Setelah mengambil tiket, kami pun masuk. Parking disini amat luas. Buggy disediakan untuk naik ke atas. Kami sangkakan buggy ini akan membawa kami hingga ke gerai gerai diatas, namun sangkaan kami meleset selepas buggy ini berhenti berdekatan pintu keluar parking dan semua orang diminta turun.
 Kami pun mulakan perjalanan. Rupanya tidak penat langsung. Mungkin ianya disebabkan kami leka melayan pemandangan gerai gerai yang terletak dalam laluan untuk kami keatas. 
Apabila tiba diatas, mulalah mama berbelanja.

 Mula mula kami singgah di gerai yang menjual aiskrim yang unik dan dikatakan hanya boleh didapati di Cameron Highlands. Rata rata aiskrim disini berharga RM6 hingga RM8. Selepas itu, kami menyeberangi jalan untuk ke Bazar yang terletak di seberang jalan. Walaupun banyak gerai, tapi rata-rata nya menjual produk yang sama. Cuma kita perlu mengingati harga sesuatu barang di gerai tersebut dan kemudian kita perlu bandingkan harga dengan gerai yang lain. Setelah jam menunjukkan hampir 3 petang, kami pun pulang ke parkir untuk ke Apartmen

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth