Nasi Kandar Deen Mutiara. Sedap dan paling underated kat Penang.

 Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap tapi ada satu tempat yang menyediakan makanan yang sedap tapi tak ramai orang tahu iaitu nasi Kandar Deen Mutiara yang terletak di Sungai Dua Butterworth. 
Saya sendiri pun sebelum ni lebih banyak meluangkan masa pergi ke Nasi Kandar Ali Khan kerana harganya yang amat berpatutan dan selalu tengok ramai orang beratur. Kalau ambil nasi, ayam dan sayur, biasanya harga adalah RM6.40. Tapi semenjak saya tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi kandar yang paling power dan selalu ke Pulau Pinang sebab feri baru dan percuma, saya selalu juga singgah makan di beberapa kedai nasi kandar contohnya ke Hameediah, Line Clear dan sebagainya.
 Saya terfikir juga takkan di Seberang Perai tak ada langsung nasi kandar yang kuah pekat ala Hameediah tapi harga lebih murah? Maka saya pun cuba explore cari ke beberapa kedai nasi kandar yang lain di seberang Perai dan akhirnya saya jumpa Jamal nasi kandar di Butterworth. Tapi saya tak puas hati dan teruskan lagi pencarian. 

Kemudian saya nampak berapa iklan di tepi jalan di Sungai Dua Butterworth iaitu iklan Deen Mutiara yang mempunyai tag line "kena sekali mimpi selalu".
Sebenarnya banyak kali saya datang ke kedai ini untuk membeli roti canai dan memang kuah roti canai di sini boleh dikatakan yang paling sedap di Pulau Pinang. Walaupun sedap tapi tak tergerak hati pun untuk mencuba nasi kandar sebab susah nak tengok orang beratur makan disini walaupun waktu tengahari. 
Secara psikologi nya bila kita nampak tak ramai orang beratur, dah tentu kita rasa masakan di sini biasa biasa saja tapi saya memberanikan diri juga untuk mencuba. Ternyata sangkaan saya selama ini meleset dan nasi kandar di sini memang sedap sehingga isteri saya yang tak berminat nasi kandar pun mula mula minat nasi kandar di sini. 

Kalau di restoran nasi kandar ternama harga untuk nasi, ayam dan sayur mungkin mencecah RM13, tapi di Deen Mutiara harganya adalah RM7.70. Berbaloi bagi saya dengan kuah yang pekat dan sedap. 

Sekarang ni Deen Mutiara dah jadi kegemaran saya sampai hari ni dah 5 hari berturut-turut saya makan disini. Segan lah pula. Esok saya cuba pergi kedai lain pula. Tapi korang kalau nak cuba, saya memang boleh rekomen lah kedai ni. Bagi saya inilah restoran nasi kandar yang paling underated di Penang. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth