Pengalaman makan Mee Udang Selambak Cik Wa, Telaga Nenas


Mee Udang Selambak Cik Wa, sebuah restoran hidangan laut yang terkenal di Kg. Telaga Nenas, Ayer Tawar, Manjung. Walaupun saya tinggal di mukim yang sama sejak kecil, baru-baru ini sahaja saya berpeluang untuk mencuba hidangan yang sangat terkenal ini. Mengikut cerita ibu saya, ia amat enak. Akhirnya, saya memutuskan untuk mencuba sendiri dan melihat apakah yang membuat hidangan ini begitu istimewa.Jom!

Di sini terdapat pelbagai menu menarik yang boleh anda nikmati, tetapi menu utamanya adalah hidangan yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Kami memilih untuk mencuba Mee Bandung udang, koeteow udang, nasi goreng udang, dan juga nasi goreng kampung. Namun, yang membuat saya gembira ialah di sini kita juga boleh memesan makanan yang tidak menggunakan udang. Ianya merupakan peluang yang baik untuk berjimat kerana banyak restoran mee udang yang saya pernah pergi wajib memesan makanan berasaskan udang. Malah, saya terkejut bahawa kanak-kanak berusia 3 tahun pun perlu memesan nasi goreng udang. Jika nasi goreng udang tersebut dijual dengan harga RM5, tak apalah juga. Ini harganya RM15!

warung ni terletak di hujung jalan dan bersebelahan dengan jeti nelayan dan masjid. Masjid sini pun cantik. Masjid terapung.
best sembahyang kat sini. Rasa tenang saja.
Mee udang Selambak Cik Wa terkenal dengan udang yang segar dan mee yang lazat. Udang yang digunakan dalam hidangan ini adalah bersaiz besar dan manis. Untuk Mee Bandung, Udang dimasak dengan sempurna sehingga dagingnya menjadi lembut dan berair. Udang ini kemudian disajikan dengan mee kuning yang dicampur dengan kuah yang kaya dan berperisa. Rasanya adalah kombinasi yang sempurna. Setiap suapan memberikan nikmat yang tidak terhingga.

Pengalaman makan di sini memang sangat memuaskan. Rasanya sangat berbaloi untuk menempuh perjalanan jauh dan sampai ke tempat ini apabila dapat menikmati hidangan yang sedap seperti ini. Sungguh memuaskan. Ketika saya membayar, saya diberitahu bahawa harganya hanya RM45. Bagi saya, itu adalah harga yang murah. Saya ingatkan akan mencapai kira-kira RM60. Apapun, saya pasti akan datang lagi. Tidak hairanlah ramai yang datang ke tempat ini walaupun ia terletak di kampung yang terpencil.
Makan mee udang Selambak Cik Wa memang berbaloi. Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan kualiti dan kuantiti hidangan. Anda pasti akan puas dengan hidangan ini.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba hidangan ini, pastikan anda membuat hubungi mereka terlebih dahulu. Restoran mungkin bercuti atau tutup kerana tidak cukup udang. Pastikan terlebih dahulu supaya anda tidak kecewa setelah penat mengharungi perjalanan anda.

Akhir kata, mee udang Selambak Cik Wa adalah warung yang wajib dicuba oleh sesiapa yang menggemari makanan laut. Ia adalah hidangan yang enak, memuaskan, dan pasti akan menggugah selera anda. Jadi, jika anda berada di daerah Manjung, jangan lepaskan peluang untuk mencuba mee udang Selambak Cik Wa yang terkenal ini. Anda pasti tidak akan menyesal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth