Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Lavender, Cameron Highland

Imej
Kami buat keputusan untuk meraikan hari jadi Ameer & Areef di Cameron Highlands. Lagipun Ameer mmg teringin sangat pergi ke sana selepas beberapa kawan tadikanya bercerita tentang percutian mereka kesini. Kami bertolak jam 6:30am dari Penang dan sampai ke destinasi pertama kami disini melalui Simpang Pulai. Terletak dijalan utama antara Tringkap ke Kea Farm, anda mesti melalui kawasan ini dan boleh dikatan kawib untuk singgah. Kami tiba jam 9:45am dan ketika ini orang sudah mula membanjiri Lavender park ni. Free parking disediakan.   Bayaran masuk ke Lavender Park ini adalah Dewasa MYR5 dan Kanak2 MYR3. Suasana disini memang cantik dan ada pelbagai jenis bunga di sini. lavender Setelah 1 jam disini, kami pun check out.

Ee Feng Gu Bee Farm, Kea Farm, Cameron Highland

Imej
Destinasi kami seterusnya adalah Bee Farm. Masuk adalah percuma dan parking juga disediakan. Selepas parking kami berjalan ke farm. Ameer & Areef seronok disini dan dapat belajar sesuatu.  Selepas 10 min disini, kami pun check-out.

Butterfly Farm, Cameron Highland

Imej
Kami ke Butterfly Farm yang terletak 200m dari Bee Farm. Just jalan kaki ke sana. Harga tiket disini adalah murah berbanding dengan Penang Butterfly Farm.   Tak banyak jenis rama rama terdapat disini. "Raja Brooke" adalah spesis yang dominan disini. Kebetulan kami ternampak pekerja Bangla tengah buat sesuatu. Selepas kami perhati betul2 kami dapati dia melepaskan rama2 yang baru ditangkap oleh orang asli dari lipatan kertas. Kami pun diberi peluang untuk melakukannya. Selain butterfly haiwan lain seperti kura2, ular, kumbang juga ada disini. Ameer tiba2 menjadi menjerit bila ada butterfly yang datang kat dia dan terus menjadi phobia. Setelah lebih kurang 20min disini, kami pun check-out. Disebelah ada kedai jual cactus dan kami pun singgah sini jap.

The Lakehouse, Cameron Highland

Imej
Untuk trip kali ini, kami memilih The Lakehouse Hotel. Booking dibuat melalui iklan AGODA yang ada dalam blog ni. Kebetulan offernya menarik dan lebih murah dari book direct. Dah lama saya ushar hotel ni cuma sebelum ni cuma boleh tengok je la. Nak menginap duit tak cukup. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada ni dapat saya bawa family kesini. Selepas memasuki hotel ni, kami terpegun dengan suasana english style yang terdapat dalam hotel ni. Ameer pun menjerit keriangan sambil cakap " terima kasih abah". Ameer masih menjerit2 sampai di lobi sambil menyanyi lagu happy birthday. Receptionist pun tanya siapa punya birthday? Hotel ni mmg best, dan diorang bagi free bed untuk Ameer(18 Oct) & Areef(19 Oct). Breakfast pun free! Setelah check in kami pun naik ke atas dan bilik kami bernombor 12. Paling dekat dengan tangga di tingkat 2. Selepas buka pintu kami dapati bilik adalah luas dengan gaya exclusive. Kemudahan juga tiptop. Walaupun english style, petunjuk ...