Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Penang-Padang Besar-Hatyai-Songhkla

Imej
Ini kali kedua bulan ni kami ke Hatyai dan kali ni kami bersama puteri kesayangan kami Adelia. Kami bertolak dari Butterworth pukul 5:45pagi.Dalam perjalanan ke utara kami lihat sudah banyak kereta menghala ke sempadan dan kami tak dapat singgah bersembahyang subuh di RnR Gurun kerana parking dah overloaded. Kami tiba di Changloon pukul 7:15am dan sempat lagi sembahyang subuh. Kebetulan kedai insurans Thailand ada disebelah masjid sahaja.Kemudian kami terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Agak terkejut kami kerana jalan sudah jam 2km dari immigration Malaysia.Setelah melayan jam selama 30min, kami membuat keputusan untuk U-turn dan memasuki Thailand melalui Padang Besar. imegresen Padang Besar Thailand Perjalanan menganbil masa lebih kurang 20 min ke Padang Besar dan perjalanan kami lancar hingga memasuki immigration Thailand. Agak ramai disini sebab ramai lari dari Bukit Kayu Hitam dan proses mengambil masa selama 30~40min. Ini kali pertama kami melalui Padang Besar Thai ...

Kedai Makan Sedap: Yong Tau Foo Bagan ajam

Imej
Sejak kebelakangan ni saya selalu bersiar di area pantai bersih untuk menikmati pemandangan cantik Pulau Pinang dari seberang Perai. Selepas bersiar saya akan melalui satu jalan dimana disitu ada terdapat banyak gerai. Namun ada satu area ni memang penuh orang. 2, 3 kali dah saya lalu dan memang penuh. Kali ni saya singgah untuk mengetahui kenapa. Lokasi : Bagan Ajam (GPS: 5.448007, 100.380209) Operation time: 4pm~8:30pm Serving: Yong Tau Foo Waiting time: 20~30min( ramai. sebab tu kami order cucuk udang sementara menunggu) Parking: roadside Toilet: No Entertainment: no Budget: mcm gambar padangan luar kami mengambil tempat  pilih lauk apa yang kita nak Basically Yong Tau Foo disini adalah jenis sup. Selepas itu kita perlu memilih sama ada kita nak ia datang bersama bihun, koeyteow ataupun mee. Kami pilih koey teow dan bihun.Kemudian nombor akan diberi. Kami dapat nombor 27. sementara tu kami order cucur udang ala2 padang kota lama. Memang sedap. Harga M...