Tokyo Family Trip Travel Log. Tips melancong ke jepun dengan murah
Salam; Atas permintaan kawan2, saya pun tulis lah travel log yang panjang ni untuk dijadikan tips dan rujukan kepada yang berminat melancong ke Tokyo, Jepun. Semuanya bermula apabila kami berpeluang membeli tiket murah dari Thai Airways dengan harga MYR890/dewasa dan MYR650/kanak untuk pergi dan balik. Lebih murah dari Airasia yg menawarkan MYR1200 utk masa yang sama. Selain dari ada makanan, entertainment dsb, timing TG lebih baik dari Airasia yang selalunya tiba lewat malam atau bertolak awal pagi. thai airways Kami decide untuk mencari apartment sebab kami tak mahu berpisah bilik dan boleh memasak, basuh baju dsb, Kami dapat apartment MYR560/semalam untuk 9 orang. Apartment ditempah melalui Airbnb . Kebanyakan Apartment juga disediakan poket wifi. So dah jimat banyak kat situ. Ini adalah apartment kami. Ratenya bergantung kepada tarikh(low/high season) dan kadar tukaran matawang. Juga ada charge untuk cleaning and service fee. Jimat kalau tinggal disatu tempat sepanj...