Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2024

15 Biskut Atau Kuih Raya Yang Sukar Dijumpai Kini

Kuih dan biskut raya adalah antara hidangan yang sangat dinantikan setiap kali menjelang musim perayaan. Namun, terdapat beberapa jenis kuih dan biskut raya yang kini semakin sukar untuk dijumpai jika kita bertandang ke rumah saudara atau rakan kita. Mungkin dek kerana kemunculan biskut dan kuih raya moden yang lebih popular secara tak lansung menenggelamkan kuih dan biskut raya yang akan Saya sebutkan nanti.  Berikut Saya senaraikan kuih atau biskut raya yang semakin sukar dijumpai dan mungkin generasi anak anak kita tidak mengenali langsung kuih atau biskut raya berikut.  Bunga Pudak Halwa Maskat Kuih Tiram/ Kuih kapal terbang Batang Buruk Kuih Bakar Kacang Biskut Dam Putu Beras Biskut Sampan Kuih Siput Biskut Buah Kana Kuih cakar ayam Kuih Loyang Biskut Cornflakes Biskut Y Nostalgia bukan? Ada lagi kuih atah biskut raya yang Saya terlepas pandang? Sila tulis di ruangan komen.  Tapi jangan risau. Walaupun sukar untuk dijumpai, ada diantara kuih dan biskut yang disebutka...