Kedai Makan Sedap: Anjung Keli, Kangar
Perlis adalah negeri yang mempunyai makanan yang sedap, murah dan makan pun puas. Kali ni saya singgah di Anjung Keli yang terletak dalam kawasan Kangar. Berdekatan dengan Kampus IPG kawasan perlis, tempat ini agak sukar dicari oleh orang yang pertama kali sampai ke Perlis. pada saya dalam banyak2 restoran yang saya pernah lawati, disini ulam-ulamnya memang yang terbaik dan paling banyak pilihan/variety. Ulam yang mungkin anda tak pernah jumpa pun ada. Disini kami berbelanja sebanyak MYR56 dan kami rasakan harganya berbaloi. Sure kami akan kesini lagi jika kami ke Perlis. Dibawah ada sedikit maklumat yang saya ingin kongsikan bersama. Parking yang luas disediakan. Parking Bas pun boleh Meja yang banyak untuk menampung pelanggan yang ramai Bawal goreng yang rangup pelbagai lauk Pelbagai jenis pencicah Pelbagai buah Ulam bunga betik Ulam apa ni ye? Tu dia lauk Tu dia ikan bakar masakan yang power2 belaka N...