Cara mudah dan murah buat sos peri peri macam Nando's
pertama kali saya makan Nando's adalah pada tahun 2001 setelah saya pulang tamat belajar dari Jepun. Saya ingat lagi masa tu nama Nando's masih asing dan saya pun musykil adakah ianya halal atau tidak. Dari luar nampak macam bar. Saya masuk pun sebab dapat kupon selepas derma ke Majlis Kanser Negara (Makna). Selepas saya menikmati pada pertama kali saya terus terpikat dan selepas itu saya kerap mengunjungi Nando's berbanding dengan KFC. Namun dengan peningkatan kos harga bahan mentah terutama selepas COVID, harga makanan di Nando's juga meningkat dan ayam juga makin kecil berbanding dahulu. Anak anak pula makin membesar dan satu ketul saja tak cukup. Maka saya terpaksa mencari alternatif iaitu dengan membuat ayam bakar sendiri berinspirasikan Nandos. Sebenarnya banyak kali saya cuba dari resipi yg terdapat di pelbagai website. Bagi saya bahan yg digunakan mereka agak sukar didapati dan kosnya juga agak tinggi. Maka saya buat versi saya dengan bahan ya...