Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2024

Pengalaman Seram di Terowong Jepun: Adakah Ini Hantu?

Imej
Pernah ada orang tanya pada saya, "Dekat Jepun kan ada banyak cerita hantu, takkan tak pernah jumpa langsung hantu dekat Jepun?" Sepanjang 3 tahun saya duduk di Jepun, saya tak pernah nampak hantu. Tapi, saya pernah alami perkara yang agak pelik dan menyeramkan. Ini terjadi pada minggu-minggu terakhir saya di Jepun, selepas tamat pelajaran dan sebelum pulang ke Malaysia. Saya dan 3 orang kawan Jepun menaiki kereta ke satu tempat yang dipanggil Miyako, di mana kami ada seorang kawan yang tinggal di sana. Jauhnya hampir 200km, agak terpencil ditepi laut Pasifik dan dalam perjalanan, kami perlu melalui beberapa terowong. Di Jepun, bukit banyak, maka terowong pun banyak. Ketika pulang, waktu sudah lewat malam, saya tak ingat pukul berapa. Dalam banyak-banyak terowong yang kami lalui, ada satu terowong yang agak pelik. Di tepinya ada sejambak bunga telah ditinggalkan oleh seseorang. Semasa sudah masuk ke dalam terowong itu, tiba-tiba kawan saya yang memandu merasakan k...

Kari Corner: Kedai makan kegemaran kami di Seberang Perai Selatan

Imej
Semalam, kami pergi ke Nibong Tebal untuk mengambil kunci rumah dari pemilik lama dan menyerahkan kunci tersebut kepada pemilik baru di Labu Besar, yang terletak di sempadan Kulim-Baling. Alang-alang dah sampai Nibong Tebal, kami tak lepaskan peluang untuk singgah di restoran kegemaran kami, Kari Corner. Tempat ni memang wajib kami singgah setiap kali ke Nibong Tebal. Menariknya, saya perasan selalunya kerang dan kupang di sini lebih besar dari biasa. Bila ditanya, owner restoran bagitahu seafood mereka diimport dari Indonesia. Memang sedap dan puas hati! Tempat makan pun luas dan selesa terutamanya yang ingin makam bersama keluarga atau mereka yang dalam kumpulan yang besar.  Selain dari makan lauk tengah hari, makanan  ringan juga ada dijual di sini.  Kalau anda ada peluang, cubalah singgah di Kari Corner bila ke Nibong Tebal! Lokasi kedai makan ni betul-betul tak jauh dari sempadan Pulau Pinang dan Perak.  Kalau tahu...