Penang Butterfly Farm

Berkali juga aku ke sini bawa family.Tempat ni agak menarik cuma agak mahal.Tiket utk dewasa adalah MYR18 dan kanak2 pula MYR10.Sekali sekala datang sini boleh la.
Tiap2 hari tempat ni dibuka dari kol 9 pagi hingga 6 petang.


Untuk first timer yg masuk,mesti anda akan teruja bila nampak beratus ekor rama2 berterbangan dekat dengan anda.Landscape juga cantik.rasa mcm nak dok kat sini je.Utk bebudak sekolah yg datang sini,cuba cadangkan kat sekolah utk buat taman mini mcm Butterfly Farm ni.Rasanya kos tak mahal.Rama2 pun bukannya kuat makan.Tahi rama2 pun aku tak pernah nampak.So why not?


Walaupun rama2nya banyak tapi yg aku perasan jenisnya tak banyak mana.Kebanyakan rama2 nampak lebih kurang sama saja terutamanya jenis yg kat atas ni.
Rama2 sini jinak belaka.Boleh landing atas tangan kita.Siap boleh pass pass bagi kat Ameer lagik.


Rama2 yg kembar siam pun ada.
Didalam tu juga ada panggung mini yg menayangkan info pasal rama2.Kalau rasa panas,panggung mini ni lah tempat anda menyejukkan badan.

Lepas tu ada bahagian serangga.Pelbagai jenis serangga juga ada kat sini dan kebanyakannya yg kita x pernah tengok.Contohnya mcm kala jengking florecent.



Disamping tu juga ada pameran rama2 yg diawet.Mmg cantik tapi lagi cantik kalau semua ni hidup.

Kepada yg nak datang,Penang Butterfly farm terletak di Teluk Bahang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth