Sungai Lembing, Pahang
Kali ni saya nak perkenalkan Sungai Lembing, Pahang. Rasanya tak ramai yang pernah sampai kesini sedangkan saya pun selepas 1 tahun menetap di Kuantan, baru ada masa untuk menjejakkan kaki kesini. Selama ni hanya melihat sign board Sungai Lembing sahaja dan setiap kali melihatnya, hajat di hati memang mahu melawat.
Pekan Sungai Lembing ni kecil sahaja dan rata2 penduduknya adalah berketurunan cina. Keadaan disini adalah amat tenang sekali.
Antara tarikan utama disini adalah muzium lombong. Sungai Lembing dibuka kerana adanya lombong dan kedatangan British kesini merancakkan lagi aktiviti perlombongan.
Muzium ini dahulunya adalah rumah pengurus lombong yang berbangsa british. Asalnya dibuat pada abad ke 19 dan keadaan strukturnya tidak sama dengan apa yg anda lihat sekarang. Dahulu atapnya diperbuat dari nipah tapi benyak renovation dilakukan higgalah ke 1980an.
Terletak diatas bukit anda boleh lihat pemandangan pekan Sungai Lembing yang cantik dari atas.
Masuk kesini adalah percuma dan anda cuma perlu tulis nama anda ke buku pelawat. Marilah kita sama2 support tempat2 macam ni.
Dalaman muzium pun cantik dan terjaga rapi. Alangkah cozynya kepada sesiapa yang pernah menetap disini suatu ketika dahulu.
Pada mulanya saya ketingkat atas. Diatas ada banyak bahan pameran yang dipamerkan dan amat menarik perhatian pengunjung.
Ini adalah contoh bilik tidur utama pengurus lombong. Memang klasik. Barangan antik juga dipamerkan.
Kemudian saya ketingkat bawah dan inilah pemandangannya. Cantikkan? Ini semuanya free dan tanpa support kita, siapa lagi?
Tak sah kalau datang kesini jika tidak masuk ke dalam terowong lombong. Terletak lebih kurang 500m dari muzium dan boleh di access dengan kenderaan. Parking free juga disediakan.
Bayaran masuk sebanyak MYR15 dikenakan untuk orang dewasa rakyat Malaysia. Untuk masuk juga anda perlu memikirkan tahap kesihatan anda sendiri. Jika ada penyakit kronik, dinasihatkan untuk tidak masuk ke terowong.
Selesai di terowong, saya pun pulang ke Kuantan tapi sebelum itu saya singgah untuk melihat jambatan kayu yang ada disini. Sungai Lembing juga terkenal dengan jambatan kayu yang selalu roboh kerana banjir. Sudah tidak banyak jambatan kayu yang tinggal maka saya ambil kesempatan untuk melalui jambatan kayu ni dengan kereta saya.
Ini adalah penunjuk aras sungai. Ini bermaknya jambatan boleh tenggelam jika banjir berlaku. Terdapat juga sampah2 melekat dijambatan.
Juga jangan lepaskan peluang menaiki jambatan gantung. Selepas itu saya pun pulang ke Kuantan yang jaraknya 40km dari sini.
Ulasan
Catat Ulasan