The Lakehouse, Cameron Highland

Untuk trip kali ini, kami memilih The Lakehouse Hotel. Booking dibuat melalui iklan AGODA yang ada dalam blog ni. Kebetulan offernya menarik dan lebih murah dari book direct. Dah lama saya ushar hotel ni cuma sebelum ni cuma boleh tengok je la. Nak menginap duit tak cukup. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada ni dapat saya bawa family kesini.
Selepas memasuki hotel ni, kami terpegun dengan suasana english style yang terdapat dalam hotel ni. Ameer pun menjerit keriangan sambil cakap " terima kasih abah". Ameer masih menjerit2 sampai di lobi sambil menyanyi lagu happy birthday. Receptionist pun tanya siapa punya birthday? Hotel ni mmg best, dan diorang bagi free bed untuk Ameer(18 Oct) & Areef(19 Oct). Breakfast pun free!
Setelah check in kami pun naik ke atas dan bilik kami bernombor 12. Paling dekat dengan tangga di tingkat 2.

Selepas buka pintu kami dapati bilik adalah luas dengan gaya exclusive. Kemudahan juga tiptop. Walaupun english style, petunjuk arah kiblat tetap ada disetiap bilik.


coffee maker





view dari bilik kami

outside view dari tingkap
Setelah berehat, kami ke destinasi kami yang berikutnya. Selepas penat berjalan, kami pun terus tidur dengan lena. Kami breakfast pada pukul 7:30am. Restoran disini mmg best.Ruangnya tak lah besar dan menunya ada ala carte(free for 1) dan juga buffet.
 









Madu lebah pure

Selepas makan kami bergambar didalam hotel.
Ruang santai.

Ruang bacaan.

Meeting area.






Mengadap tasik


Backyard garden





 
Dipagi itu kami dapat satu surprise dari pihak hotel. Pihak hotel dengan bermurah hati telah menghadiahkan 2 kek untuk ameer dan areef. Sedap dan masih panas...didalamnya ada coklat cair. Texturenya mmg menarik. Inilah kek yang paling sedap pernah saya makan cuma ianya kecik. Wife saya kata yang kek ni mmg kecik dan antara cabaran yang paling sukar dalam "masterchef". Kalau silap buat kek ni jadi benyek, keras dan mcm2 masalah lagi. Size yang kecik memudahkan untuk control texture dsb.
 

 Setelah habis kek dimakan, kami pun check-out dan pulang ke Penang. Secara keseluruhan hotel ni mmg best dan berbaloi. Walaupun spent MYR500+ untuk satu malam tapi sesekali dok sini apa salahnya. Insyallah saya akan kesini lagi. Kalau saya billionaire, mmg saya dok terus kat sini..hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan