Gua Kelam, Perlis
Asalnya Gua Kelam adalah bukan destinasi utama kami di Perlis. Dengan anak2 kecil, kami rasa agak tidak sesuai untuk dibawa masuk ke dalam gua ni. Namun selepas kami makan tgh hari di Anjung Keli dan sementara nak menunggu waktu yang sesuai untuk makan di Laksa Kaksu, kami perlukan aktiviti yang akan membuatkan kami lapar. Maka kami pun singgah disini.
Terletak 33km dari Kangar, perjalanan kami disajikan dengan pemandangan menarik seperti bukit batu kapur dan juga tasik Timah Tasoh. Apabila sampai disini, kami amat teruja dengan kehijaun alam yang terdapat disini. Parking tidak menjadi masalah.
Akhirnya kami tiba dikaunter tiket. Bayaran masuk(entrance fee) ke Gua Kelam adalam MYR2/dewasa dan MYR1 untuk kanak2.
Setelah bayaran dibuat, kami pun meneruskan perjalanan.
Gua Kelam ni memang gelap tapi ada disediakan lampu disesetengah tempat. Kami disajikan dengan bunyi air yang mengalir deras dibawah, air yang menitik dari atas dan juga bunyi kelawar.
Disesetengah tempat ada disediakan titi gantung untuk kita berjalan. pendek kata tak susah untuk kanak2 dan juga warga emas berjalan didalam gua kelam ni.
Disini ada " Secret Garden" dan terdapat pelbagai pokok hiasan disini.
Setelah hampir 30min disini, kami pun pulang dengan melalui pintu gua tadi.
Ulasan
Catat Ulasan