Senarai 10 restoran, warung atau gerai makanan melayu yg sedap dan harga berpatutan di negeri Pulau Pinang/Penang.
#penang food #sedap #delicious #best #terbaik #top 10 #laksa #mee udang #daging bakar #cendol #bawal #yong tau foo #gulai batang pisang
Dah nama pun Famous penang halal food, Disini saya listkan tempat makan sedap dan mudah dikunjungi di Penang . Basically Penang adalah syurga makanan dan banyak lagi tempat yang sedap selain dari nasi kandar. Nasi Kandar mmg sengaja tidak dimasukkan dalam list ni dan kami ingin memberi keutamaan kepada lain2 makanan. Kalau sesiapa yang singgah di Penang, ini adalah tempat2 yg selalu saya bawa. Tak kira bangsa walaupun orang luar, semuanya puas hati dengan tempat2 yg saya rekomenkan ini. Kalau nak tahu setiap satu tempat ni dengan lebih lanjut, boleh click detail dlm untuk setiap satu tempat ni.

1. Laksa Udang Iryani
Terletak di Pengkalan tambang, laksa disini memang terbaik, pekat dan harganya amat berpatutan. Laksa biasanya hanya MYR3 shj.(detail)
2. Aziz Mee Pak Ngah
Terletak di Sungai Dua, Mee Pakngah ni special dengan kuah
Mee Rebusnya. Kuahnya mmg pekat. Kalau nak special sikit boleh amik Udang
Galah. Rasanya sedap dan bagi saya harga makanan disini murah kalau nak
dibandingkan dengan kesedapannya.(detail)
3. Bawal Goreng
Kelapa Sawit
Terletak di Juru tempat makan ni sesak waktu office lunch.
Bawal gorengnya ranggup dan sambal kicapnya mmg best. Boleh kata sini
pelanggannya 40% Malay, 30% Cina, 10% India dan kekadang ada juga orang putih,
jepun dsb. Rasanya sedap dan harga makanan(ikan) disini dalam lingkungan
MYR7~8/seekor. Boleh dikatakan murah juga(detail)
4. Puncak Mutiara Cafe
Terletak di Kubang Semang tempat ni mmg best utk makan
sambil menikmati suasana teratak kayu. Special utk makanan berasaskan kambing
sebab restoran ni didalamnya ada kandang kambing. Rata2 makanan disini memang
sedap dan harganya amat berpatutan. Ada sesetengah makanan yang harganya lagi
murah dari warung pacak.(detail)
5. Adam Char Koey Teow
Terletak di Permatang Pauh, Char Koey Teow ni mmg terpower
dan udangnya besar dari kedai lain. Rasanya memang sedap dan harga makanan
disini boleh dikatakan murah juga.(detail)
6. Warung Kulat, Teluk Air Tawar
Ni Port terbaru untuk penggemar Mee Udang dan Ketam. Udang pun ada pelbagai pilihan. Rasanya memang sedap dan harganya murah juga. (Detail)
7. Yong Tau Foo Bagan Ajam
Terletak di Bagan Ajam berdekatan dengan laut, tempat ni
akan sesak dari pukul 4pm. Rasa makanan disini memang sedap dan murah. Sebab tu
la orang ramai datang makan disini.(detail)
8. Mid Gulai Kawah Batang Pisang
Terletak di Sungai Dua, tempat ni khas utk penggemar Gulai
Batang Pisang utk makan tgh hari. Rasa makanan disini memang sedap, berlemak
dan harganya murah juga.(Detail)
9. Din Ikan Bakar Kepala Batas
Macam 2 benda kat sini dibakar. Ikan, Daging, Udang, Sotong,
Petai dsb. Makanan disini sedap dan puas makan disini. Harganya standard lah...(detail)
10. Cendol Maklom
Terletak di celah2 banyak gerai di simpang 3 Maklom,
Butterworth. More than 50% datang sini sebab nak pekena Cendolnya. Rasanya
memang sedap, murah dan bagi saya cendol yang terbaik di Penang.(detail)
Di Utara ni banyak lagi makanan yang menarik tapi diatas ni adalah top pick saya.
Tak setuju?...hantarkan comment anda...
mohon share kan.
#best penang # sedap penang #terbaik penang# murah penang # berbaloi penang#
#best penang # sedap penang #terbaik penang# murah penang # berbaloi penang#