Hatyai ice dome

Dah banyak kali kami ke Hatyai dan kali ni kami buat kelainan sikit. Mmg dari dulu saya tak berkenan sgt ice dome ni sebab bagi saya tak berbaloi. Tapi dah bini saya beriya2 nak gi jugak, so saya pun ikut je la. Ice dome terletak di Hatyai Municipal Park( GPS: 7.044567, 100.504870 ). Bayaran sebanyak THB300 utk dewasa dan THB200 utk kanak. Kalau harga utk warga Thai murah sikit. Harga tiket termasuk dengan winter suit. Saya nasihatkan supaya bawa seluar tebal & kasut serta stokin yang tebal. Ramai juga yg datang sini dengan selipar je. Boleh juga masuk tapi sure korang tak tahan dan nak keluar awal. Kasut winter boleh disewa dengan kadar THB100 sepasang.



Selepas masuk kami diberi baju dan juga taklimat.


Kemudian kami masuk ke satu ruang sebelum masuk ke dalam dome yg sebenar. Perlu stay dalam bilik ni lebih kurang 5min bertujuan utk sesuaikan badan kita dengan suhu sejuk. Basically kita akan rasa mcm masuk peti ais besar. Utk orang yg pernah kerja kilang yg ada warehouse utk bahan beku mcm saya, no surprise at all.












Kesimpulannya Hatyai Ice dome adalah tak berbaloi bagi saya. Spent THB1000 utk masa tak sampai 15min. Duit habis sekelip mata. Akhirnya isteri saya setuju ngan saya....hehehe.