Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak bawa anda ke satu warung char kuey teow yang mungkin anda tidak tahu melainkan anda tinggal berdekatan dengan Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ianya bernama Arif Char kuey teow dan terletak di kampung Pelet bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dari Google Maps, dinyatakan bahawa warung ini dibuka pada 6 petang, tapi malangnya ianya masih belum dibuka ketika kami sampai pada 6 petang. Kelihatan seperti gerai ini mula untuk bersiap pada 6 petang. Namun gerai di hadapan warung ini meriah dengan pengunjung ketika ini dan mari kita lihat apa yang ada disana. Rupanya disini ada dijual jagung Cheese tarik, jagung rebus, jagung bakar, sata, otak otak dan pepes. Jagung Cheese tarik adalah tarikan utama pengunjung di gerai ini. Tiada masalah jika anda terlupa untuk bawa dompet, tak cukup duit atau nilai duit anda terlalu besar kerana pembiayaan melalui QR code juga disediakan. Kami beli jagung Cheese tarik dan juga sata di sin...
Ulasan
Catat Ulasan