Klong Hae Floating Market,Hat Yai(GPS:7.044846,100.475121)

Cari makanan best kat Hat Yai?
Selepas kami makan di Hamid restaurant,kami pun jalan2 disekitar Lee Gardens untuk membuang kalori.Selepas seketika kami pun bertolak ke floating market yg terletak di Klong Hae.Floating market ni terletak lebih kurang 5 km dari tempat penginapan kami tapi perjalanannya boleh mengambil masa selama 30min.Selepas meredah beberapa traffic light,maka kami pun sampai ke tempat yg dituju.Perkara pertama yg anda kena lakukan mestilah parking kereta.Kami parking depan sekolah dan parking adalah free.


Kemeriahan mula terasa bila melalui Wat Klong hae dimana ramai peniaga jalanan menjual pelbagai barangan,makanan,minuman termasuklah benda2 pelik macam ulat goreng.namun yg tak syoknya anjing bersepah kat sana.So kalau nak tangkap gambar pun kena hati2.Takut dok tgh nak amik shot baik punya,terpijak anjing la pulak.

Dari jambatan jelas nampak sampan beratur dan ramai org berkerumun.Once nampak suasana ni mmg kita pun kalau boleh nak cepat sampai ke sampan.
Lebih kurang 80% peniaga atas sampan ni adalah muslim dan boleh cakap melayu sikit2.basically diorang ni melayu tapi kerajaan Siam telah Siamkan diorang sampai diorang tak tau cakap melayu lagi.Apa yg best kat sini?






Air dalam bekas buluh atau tembikar.
Mula2 pilih gelas apa yg anda nak pakai dan kemudian cakap nak minum air apa.Oren,milo,kelapa dsb nya ada.Harga bermula dari 20THB.Saya minum dengan bekas buluh dan tembikar.

Mcm otak2
Nama sebenar saya pun tak tahu.Masa dia masak nampak macam ikan bakar.So kitorang pun amik la.Harga cuma 20THB.Mmg excited la bila bila ikan bakar dengan harga MYR2.Bila buka...ehh..apa ni.Rasa dia mcm otak2 tapi lain resipinya.Mmg sedap sampai kami patah balik ke sampan ni utk beli lagi.Rasanya ni sedap lagi kot dari otak2.




Ayam Percik hybrid
Nama sebenarnya saya pun tak tahu.Mcm mana nak tahu.Semuanya tulis siam.Saya anggap makanan ni adalah hybrid antara sate dan ayam percik.Rasanya sedap dan harga nya ialah 10THB saja.

Yang ni saya tak ingat apa rasanya.Ayam ke Ikan ke pun saya tak ingat.Harganya adalah 20THB shj.Tapi pengalaman makan dalam daun yg berbentuk sampan adalah tak ternilai.


Ada banyak makan kat sini tapi memandangkan perut kami dah penuh, maka kami pun surrender takat ni je.Ada kerusi dan meja disediakan.Lepas makan jgn lupa buang sampah di tempat yg disediakan.Buat malu Malaysia je nanti.Disini juga anda boleh jumpa kawan lama.Disini saya jumpa sahabat saya masa belaja kat Jepun dulu.
Selain dari peniaga atas sampan,ada juga peniaga yg ala2 pasar malam.Souvenir pun dijual kat sini.So jangan lupa singgah disini juga.

Bersambung...

Ulasan

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth