Menara Taming Sari,Taman Merdeka

Melaka adalah tempat yg menarik untuk dikunjungi dan produk utama bagi destinasi penlancongan disini ialah sejarah.Terdapat banyak bangunan lama yg cantik dan masih lagi terpelihara.Taman merdeka terletak disebelah Balai Polis Melaka  juga bersebeahan dgn hotel kami.

 Keretapi lama juga ada disini dan adalah menjadi tumpuan utk bergambar.
 Saya sempat naik keretapi coklat kat bawah ni masa kecik dulu.Dengan adanya pameran free mcm ni,maka dapatlah anak saya memahami apa yg kita alami dulu.
 kapal terbang lama pun ada juga.pendek kata banyak pengangkutan lama yg dipamerkan.Anak2 happy,parent pun happy sbb free.


 Menara tamingsari juga berdekatan dan menjadi tumpuan utama pelancong kesini.Tapi kena bayar la.
 Menara ni mmg tinggi dan akan naik dan turun.Disamping tu ia juga akan berpusing untuk memberikan full panoramic view kepada pelawat.Kalau tak naik pun,anak2 akan khusyuk tengok benda ni naik turun.


 Rugi rasanya kalau tak naik.Tiket utk dewasa adalah MYR10 dan kanak2 adalah MYR5 sahaja.Kalau warga asing double the price.


Kami rasa kami naik menara ni pada right timing sbb pemandangan nya mmg cantik sekali.
 Selepas tamingsari,ada perbagai beca menanti anda.Mula2 segan juga nak naik beca.Bukannya apa,selalu dok kesiankan pengayuh beca.Larat ke nak bawak kitorang ni.Fikir punya fikir kami pun naik je lah.Bayaran yg dikenakan adalah MYR25.Pengayuh beca akan membawa kita pusing 1 round taming sari-bangunan bersejarah-Stadhuys-Muzium TLDM-Menara.Menurut pengayuh beca ni,beca yg kami naik adalah beca yg digunakan dalam drama Sepah.
 Selepas naik beca,kami pun terus cari makan.Yg paling dekat ialah di dataran Pahlawan Mereka Megamall.Pelbagai produk dan servis yg ada disini dan nice spot utk shopping.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth