Salam semua. Kali ni saya nak membawa anda semua ke salah satu destinasi percutian utama di Daerah Baling iaitu Kolam Air Panas Ulu Legong. Kolam Air Panas ataupun "Onsen" dalam bahasa jepun adalah air panas semulajadi yang tinggi kandungan sulfurnya. Sulfur berfungsi seperti kertas serap minyak dimana toksin dari kulit kita akan melekat pada sulfur2 ni. Di Jepun adalah menjadi satu amalan tradisi utk mandi Onsen. Walaupun tinggal selama 3 tahun di Jepun, saya tak pernah masuk onsen sebab 1 urat benang pun tak dibenarkan masuk dalam kolam.Kat Jepun diorang selambe je.
Terletak lebih kurang 10km dari pekan baling mengarah ke utara. Sebelum anda sampai kesini anda akan disajikan dengan hutan rimbun, bukit kecil dan melalui satu kampung orang asli. Baru saya tahu Kedah pun ada orang asli.
|
Parking free yang luas disediakan |
Kami sampai sini 1:15pm.Setelah parking kereta, kami pun ke kaunter utk check in tapi malangnya check in hanya boleh start pada pukul 3pm. Ini kerana ramai pengunjung keluar on time 12pm dan chalet mengambil masa utk membersihkan bilik. Kami tempah 5 hari sebelum dan bilik yang tinggal hanyalah Chalet Pool View yang berharga MYR130. Nombor telefon utk tempahan adalah 04-4731024.
|
kaunter masuk |
|
Harga chalet |
Tapi kami dibenarkan masuk utk bermandi manda dulu sementara bilik siap.
|
Kolam yang sesuai utk kanak2 dan dibelakang itu adalah chalet kami. |
Lebih kurang 2pm, kami pun dipanggil dan dibenarkan utk checkin.Kami berehat hinggalah masa utk utk makan malam.
|
suasana dalam chalet pool view |
.
|
toilet chalet pool view |
Jam sudah menunjukkan 6pm dan tiba masa kami utk dinner. Kami pun keluar dari bilik utk ke deretan gerai yang ada disebelah pusat rekriasi ini sambil melihat sekitar kompleks pusat rekriasi ini.
|
Sungai yang cantik |
|
Cuma 2 gerai ni je yang buka 6pm. Kami pelanggan pertama. |
|
Nasi goreng yang banyak. |
Masakan di gerai ni boleh tahan juga sedapnya dan harganya juga berbaloi berbanding saiz yg dihidangkan. Saya rekomen anda try Char Koey Teow.Selepas makan, kami beriadah dan bersiar2.
|
Hantu wassap tgh check wassap..line Celcom hebat disini. Internet laju mengalahkan rumah saya di Penang, Maxis tak ada line. |
|
Ibu kolam air panas. Bau sulfur kuat disini. Dari sini air akan dialirkan ke kolam2 lain. |
|
suasana 8pm. |
Pengunjung mula ramai selepas Maghrib. Selesai solat magrib, kami pun masuk kolam lagi utk mandi malam. Selepas 20 min, kami pun keluar utk berehat dalam bilik. Alhamduillah kami boleh tidur lena walaupun diluar riuh dengan suara manusia dan muzik(dari Apana Cafe) sampai pukul 5am. Saya betul2 tak paham dengan parent yang OK dengan anak2 yang terjerit2 sampai kol 5am. Boleh kata lebih 100 kanak2 bergembira sampai kol 5am bersama2 dengan berpuluh mat rempit yg juga mengunjungi kolam ini. Fikir fikirkan lah.
Pagi keesokannya tibalah aktiviti yang kami nantikan iaitu berendam diwaktu pagi sambil menikmati kabus dan wap dari air panas.(Fantasy tu) Namun pagi tu kabus tak sampai bawah dan yang ada juga wap sahaja. Lepas mandi kami pun makan pagi di deretan gerai berdekatan. Yang ada cuma makcik jual nasi lemak sahaja. Nasi lemaknya OK tapi agak tak OK bagi mereka yang datang dari jauh utk mencari sesuatu yang special.
Kebanyakan blog dan juga keratan akhbar dok highlight " Sate Mamak" sebagai makanan famous di Baling. Bagi saya...takkan itu aje? Sate Mamak dibuka dari 8am hingga sebelum 12pm. Kami pun check out awal utk merasa Sate Mamak.
Kami sampai di pekan lama Baling pada 10:30am tapi malangnya Sate Mamak dah habis. Pening tak tahu nak kemana, kami pun ke Pengkalan Hulu. Harap2 dapat la makan Tomyam di warung2 melayu Thai.Masa ni kami dok ingat Pengkalan Hulu ni sama meriahnya dengan sempadan Thai yang lain.
|
Kami tanya pegawai kebersihan Majlis Daerah Baling utk lokasi Sate Mamak. |
Kami tak masuk ke sempadan atas faktor keselamatan sebab Yala adalah wilayah bergolak. Kami plan cuma nak ke kompleks Bebas Cukai dan makan tgh hari disana saja.
|
Kompleks CIQ Pengkalan Hulu. |
Kami datang sini atas dasar tak pernah sampai dan tak de aktivity apa di Baling. Kalau datang sini utk beli coklat, baik tak payah datang sebab murah MYR1 je dari kedai biasa. Ye la...coklat bukannya item yang kena tax 300%.Kalau nak coklat murah gi Switzerland. Dulu saya bawa balik satu beg sukan adidas penuh dengan coklat berkilo kilo yang belanjanya bawah MYR30.Walaupun just MYR30 tapi value"made in swiss & bought in Swiss" adalah lebih dari wang yang saya belanjakan.
Tujuan asal nak makan di sempadan, namun kami hampa sebab warung dia mmg style warung hulu. Masa tanya cashier kat Zon tadi pun, susah dia nak rekomen makan tgh hari sedap kat situ.