Resipi: Spaghetti segera menggunakan Periuk Tekanan Noxxa. Tanpa Prego.
Spaghetti adalah kegemaran anak anak saya. Kadang2 sarapan pagi sebelum ke sekolah pun dah minta spaghetti. Untuk tidak menghampakan anak2 saya buatkan juga. Kalau dah selalu masak tapi asyik dok pakai Prego pun parah juga. Maka saya belajar buat sos spaghetti sendiri yang lebih murah dan menyihatkan. Lagipun resipi ni dah siap dengan kuah spahettinya sekali. So anak2 tak de la gaduh kuah siapa yang lagi banyak. Semuanya sama je.
Bahan2:
5 ulas Bawang Putih ditumbuk
1 biji Bawang Besar dihiris
2 tsp lada hitam ditumbuk
2 tbs Tomato Puree
2 tbs Cuka(saya guna Apple Cider Vinegar. Prego guna cuka apa? wallahualam)
1 tbs Gula
2 tsp Oregano
2 cawan Air
1 tsp Garam
2 tsb Minyak Zaitun(Saya guna extra virgin. Prego guna canola oil).
200g Spagetti
Cara2:
1. Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk Noxxa.
2. Turupkan periuk Noxxa dan pastikan tombol ke Pressure
3. Tekan "High Pressure" sebanyak 9 kali macam gambar dibawah.
4. Selepas 9 minit Noxxa akan berbunyi dan pusingkan tombol ke Steam untuk mengeluarkan tekanan didalam periuk. Selepas tekanan semua keluar dan periuk pun dan "unlock" , then buka penutup. Jadilah macam gambar dibawah.
5. Cedok untuk dihidangkan.

Diatas adalah resipi asas memasak spaghetti dengan periuk Noxxa. Boleh tambah sosej, daging kisar dan sayur2 yang sesuai untuk spaghetti untuk tambah lagi kesedapannya..
Biasanya kalau seawal subuh saya akan prepare semua bahan ni tak sampai 5 minit. Lepas tekan, terus mandi. Lepas mandi sure spaghetti dah siap untuk dimakan. Mudahkan?