Biasanya kalau beli kereta siapa yang buat keputusan?


 Beli kereta adalah perkara kedua terbesar dalam hidup seseorang selepas membeli rumah yang menjadi keutamaan nombor satu. Bukan senang nak buat keputusan segala aspek perlu diteliti terlebih dahulu. nama siapakah yang membuat keputusan muktamad dalam pembelian kereta? Saya ada buat survey dan saya dapati ada beberapa komen yang patut dikongsi sebab logik dan ada juga diantaranya agak lucu. Survey tersebut mendapat komen dan like yang banyak juga.

 yang ni pun betul juga sebab selalunya perempuan akan mempengaruhi lelaki dalam membuat keputusan. Kalau tak diikut kehendaknya maka banyaklah ragamnya nanti. memang betul ramai lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk membayar bulanan, servis, cukai jalan, insurans dan juga kerosakan. Kalau kereta tu di atas nama lelaki memang menjadi tanggungjawab lelaki. tapi ada juga kes di mana kereta dan loan di atas nama perempuan tapi perempuan pula buat tak tahu bila sudah tiba masa untuk membayar kereta. bila perkara wajib pun tak nak ambil tahu maka benda-benda yang sunat seperti maintenance kereta, insuran dan cukai jalan memang atas lelakilah jawabnya
 secara idealnya Inilah yang kita bukan suami dan isteri bersepakat membuat keputusan
 memang ada kes yang macam ni di mana isteri membeli kereta dan membuat keputusan dan si suami pula minta komisen dari selseman. Bijak.
 secara asasnya siapa yang bayar Dialah yang buat keputusan. Betul tu.
 Yang ni pun betul juga sebab kebanyakan perempuan membeli kereta berdasarkan rupa berbanding perkara yang lain seperti performance, maintenance, cukai jalan dan insurans. Ada yang seronok sangat nak pakai tayar 18 inci tapi mereka tak nak tahu berapa harga sebiji tayar 18 inci. Bila kita cakap kita pula kena marah.
 yang ni pun lawak juga sebab akhirnya isteri juga yang buat keputusan
 yang ni pula nak melawak sajalah kot. Takkan kita katanya JKKK kampung pula kan?
 ni pun betul juga sebab perempuan saja yang boleh melahirkan orang
 yang ni pun jawapan yang boleh diterima sebab tak kiralah macam mana isteri kita nak kereta tu pun, Tapi kalau loan tak lulus tak boleh juga

 yang ni jawapan standardlah

 yang ini walaupun lawak tapi ada kebenarannya juga sebabkan kadang isteri kita bersembang dengan jiran dan jiran akan mempengaruhi isteri kereta yang kita nak beli tu. padahal duit kita tu.

 ni pun jawapan standardlah isteri yang pilih tapi suami yang kena bayar.

 Jika anda ada sebarang komen tambahan sila tuliskan di bahagian komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan