Cara terbaik mendidik pencuri tabung masjid

 Sebelum ni heboh pasal satu kes di mana seorang lelaki muda telah ditangkap oleh ahli masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid. Sebagai pengajaran ahli masjid tersebut telah memandikan tertuduh di atas para seolah-olah proses mandi jenazah.  Perkara itu telah dirakam dan videonya tular di media sosial.  Ramai yang mengecam cara ahli masjid menangani masalah tersebut. Maka saya telah membuat survey untuk mengetahui apakah cara yang terbaik untuk mendidik pencuri tabung masjid seperti kes yang disebutkan tadi. Ramai yang memberi respons dan saya ingin kongsikan komen-komen yang menarik mengenai topik ini.

 ini adalah komen yang paling banyak respond untuk topik ini. lepas tangkap bagi tazkirah dan ajak dia solat taubat. masa berdoa, doa untuk si pesalah berubah menjadi baik.

 yang ni pula komennya agak kasar tapi ada logiknya juga. selain dari pengajaran yang pesalah tersebut dapat, persekitaran masjid juga akan bersih.

 Ini pula dipanggil reverse psikology. tapi cara ni tak berkesan untuk semua orang ataupun untuk jangka masa yang lama sebab makin lama kehendak orang makin tinggi. Nanti bila duit tak cukup mereka mencuri semula.

 yang ni pun betul juga sebab bukan senang nak minta bantuan sebab nak minta bantuan pun kadang kala macam minta sedekah. Orang nak bagi duit pun kadang tengok atas bawah dulu.

 yang ni paling Afdhal lepas tangkap terus hantar ke balai polis
 kita tak sepatutnya mengambil keputusan sendiri untuk menghukum pesalah. Dan kita juga tak patut untuk menghukum orang yang memberi hukuman kepada pesalah tersebut sebab kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian..
 yang ni nampak mula-mula ganas tapi akhir jadi lembut pula. Mungkin melawak kot

 yang ni pun ada betulnya juga. ahli masjid sepatutnya tengok juga jika ada ahli khariah yang ditimpa musibah. musibah ni terdiri dari pelbagai. jika tahu ada jiran yang rumah atau kenderaan yang ditenggelami air patutnya hulurkan juga bantuan terhadap jiran tersebut. Tak adalah duit bantuan banjir itu datang setelah Perdana Menteri membuat pengumuman sahaja.
 dalam banyak-banyak komen ada juga komen yang baik hati nak bagi duit kepada pesalah tersebut. Mungkin ketika itu si penulis tak tahu yang bersalah tersebut sebenarnya menagih dadah dan suka mencuri di kampung itu.

 Betul juga komen tersebut sebab sampai hari ini kita masih lagi tertunggu-tunggu keputusan kes kes besar berkaitan dengan penyelewengan wang kerajaan.
 mengambil video ketika kejadian ada buruk dan baiknya juga. kita dapati banyak juga kes-kes terutama kes buli di asrama dapat ditangkap kerana ada nya orang yang mengambil video.
 yang ni pun melawak saja kut

 yang ni pun komen yang agak logik juga kerana jika tiada duit di dalam tabung, maka tiada duit yang dicuri.

 Anda ada sebarang komen tambahan? sila tulis Di ruangan komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan