Kari Corner, Nibong Tebal

 kali ni saya nak bawa anda semua ke satu tempat makan yang agak terkenal di Seberang Perai Selatan. lokasinya Terletak tidak jauh dari Sempadan Pulau Pinang dan juga Perak. Saya pernah ke sini beberapa tahun dahulu tetapi tempatnya sudah berubah dan baru-baru Ini saja saya berkesempatan untuk singgah ke sini. 

 Jika anda datang dari Pulau Pinang anda akan nampak signboard kari Corner di belah kanan jalan. rambutnya berwarna kuning dan bertulisan merah. Parking yang disediakan agak mencukupi pada waktu puncak dan kami tiada masalah parking kereta di sini. 


Pada pandangan saya kedai ini agak premium melihatkan kepada keadaan kedai dan juga lauk pauk yang dihidangkan.  Kawasannya luas membolehkannya banyak meja dan kerusi disediakan untuk pelanggan.  Kami sampai pada waktu tengah hari dan dah tentulah banyak makanan tengah hari disediakan.  Dari segi sayuran terdapat banyak ulam-ulaman yang disediakan.  Saya sendiri lebih memilih untuk makan kerabu mangga berserta dengan retak seribu.  Anak-anak pula kebanyakannya mengambil ayam bakar.  masakan di sini enak dan dah tentulah ramai yang datang ke sini kerana sedap.  Bab harga pula seperti yang saya katakan tadi kedai ini adalah kedai premium.  saya boleh katakan bajet seorang untuk makan adalah RM10
 sebenarnya saya datang ke sini adalah untuk memakan rendang kerang besar namun masa saya datang hidangan ini tidak ada. Kerangnya memang besar sampai kita boleh nampak bulu-bulu kecil pada kerang. saya pernah bertanyakan kepada pemilik kedai makan tentang bagaimana dia mendapatkan kerang yang sebesar ini. Katanya dia mendapat bekalan daripada Indonesia. memang hebat Indonesia ni macam-macam ada.
 alhamdulillah kami kenyang disini dan Insyaallah kami akan datang lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan