Apa cara terbaik nak minta kawan bayar hutang

Umum kita ketahui bahawa bukan senang untuk kita menuntut hutang. Masa mula kawan tu minta mungkin macam macam janji yg ditaburkan tapi bila dah dapat duit kita, masa tu baru tahu betapa susahnya nak dapat balik.


Antara yang selalu digunakan peminjam sebelum meminjam adalah seperti berikut 
1-dapat gaji saya bayar
2-tunggu hujung bulan
3- kau la kawan aku dunia akhirat...jika kita bagi pinjam la


 Akhirnya kita pula seperti mengemis duit sendiri. Baru baru saya ada buat survey cara cara untuk dapatkan duit kembali dari kawan yang berhutang dengan kita dan ramai yang memberi sambutan dari segi idea dan ramai juga nak tahu.

Langkah pertama semestinya jumpa secara berdepan. Semestinya yg pinjam dari kita tu adalah kenalan rapat kita. Cakap elok dsb tapi saya rasa mungkin bukan ini jawapan yg diinginkan oleh orang ramai. Sebab kalau senang dapat tak perlu saya tulis panjang.

Kalau langkah diatas tak berjaya, maka kita boleh lah hantar mesej sampai penerima muak ataupun akhirnya blok kita.

Kemudian doa kepada Allah moga diberi kesenangan kepada peminjam untuk keluar dari kesusahan dan dipermudahkan peminjam untuk pulangkan duit dengan segera.

Mari kita tengok apa cadangan netizen.



Rata rata cadangan adalah lucu tapi boleh dijadikan idea. Apa pun unsur unsur yg bertentangan dengan ajaran Islam haruslah dijauhkan. Takat sebagai hiburan sahaja boleh lah.

Namun saya tertarik dengan cadangan diatas ni sebab nampak berilmiah. Selidik punya selidik saya jumpa info ni.



Untuk membuat Saman Tuntutan Kecil di mahkamah, yg bagi hutang masih perlu keluarkan duit. Namun kosnya kurang sikit sebab tak guna peguam. Kalau nasib baik boleh dapat balik duit walaupun secara ansuran. Ataupun barangan penghutang boleh kena sita dan dijual. 

Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut :-

1. Hutang

2. Barang Rosak

3. Sewaan

4. Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar termasuk gaji dari majikan 

Namun saya tak pasti pula apa caranya jika penghutang menghilangkan diri. Nak cari orang hilang atau penjenayah bukannya senang kan? Sebab dari penerangan di link seolah olah kita perlu serahkan notis pembelaan secara serahan tangan ataupun pos. Lainlah kalau pihak berkuasa yang carikan orang yang berhutang tu.

Viral... kalau dah buat macam macam pun tak jalan, mungkin viral adalah jalan seterusnya. Tapi kenalah ada bukti dsb takut nanti tak pasal pula kena saman. Tak pun netizen pula yg kecam balik. Apa pun kadang kala viral pun tak dapat duit juga.

Ada juga cadangan supaya kita dapatkan cagaran terlebih dahulu sebelum bagi pinjam. Cara perlaksanaannya terpulang kepada masing-masing.


Moga bermanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan