Komik kedai RM2 di billboard tepi highway

 Sekarang ni terlalu banyak iklan yang agak kreatif untuk menarik minat pelanggan. baru-baru ni viral tentang iklan Kedai Eco shop atau Kedai RM2 yang menggunakan kaedah komik pada billboard di sebuah Lebuhraya. Daripada maklumbalas nampaknya strategi pemasaran seperti ini berjaya. 

Komik pertama menunjukkan seorang suami yang sedih untuk meninggalkan isterinya yang nak masuk ke kedai RM2. Si suami juga berharap agar isterinya cepat keluar daripada Kedai RM2 tersebut.

 Komik kedua pula mengisahkan tentang seorang suami yang menggunakan alasan bakul motosikal kecil untuk menghalang isterinya berbelanja lebih namun tak diendahkan oleh isterinya.

Dilaporkan billboard ini terletak di lebuhraya Elite berdekatan Saujana Putra.

Sebelum ni pun ada iklan menarik eco shop yg ditayangkan di YouTube dimana pelanggan di sana sampai tak jumpa jalan keluar.



Menarik bukan?

Sila tinggalkan komen di bawah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth