Popiah Beratur Apis, Manjung


Baru ni saya berpeluang ke bazar Ramadan berdekatan dengan TF Manjung. Agak meriah suasana disini walaupun sudah penghujung Ramadhan. Ini kali pertama ke sini sebab susah nak dapat peluang berpuasa di daerah Manjung. Dalam banyak-banyak gerai yang ada disana, ada satu gerai yang menarik perhatian saya kerana ramai yang beratur.

Gerai ini menjual popiah goreng dan basah. Setiap satu berharga RM0.80 dan set dijual dengan harga RM4. Ada 5 popiah dalam satu set. Di gerai tertulis Popiah Apis. Sos akan disapu atas popiah dan kemudian bawang goreng dan daun bawang akan ditabur. Presentation dia mantap.

Mulanya saya nak tengok saja sebab tak sanggup nak beratur lama. Beratur pun macam tak tersusun dan ada yg datang lambat terus buat Line baru kat depan. Untuk elak perselisihan faham dan akhirnya konfrontasi atau tak puas hati, saya cuba untuk tak beratur beli popiah ni. Banyak lagi gerai yang tak perlu beratur ada kat sini. Tapi lepas isteri pujuk, akhirnya saya mengalah. Dalam masa yang sama geram juga dengan perangai orang yg suka potong barisan. Maklumlah orang Manjung ni baik baik belaka.

Kelihatan pekerja di gerai masing masing bekerja dengan laju untuk penuhi permintaan pelanggan. Kena bagi kredit juga pekerja yang bekerja laju masa berpuasa. Selepas 10 minit beratur akhirnya berjaya juga kami dapat popiah ni . Kami beli 1 set popiah basah dan 1 set popiah goreng.

Bila masa berbuka tiba, ternyata tak sia sia kami beratur. Popiah basah nya memang terbaik. Rugi tak beli lebih. Isinya banyak. Popiah goreng pula kegemaran kepada anak-anak.

Pernah cuba? Sila komen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan