Tips hapus anai anai percuma tanpa racun

Anai-anai tidak menyebabkan kemudaratan kepada manusia secara langsung seperti yang boleh dilakukan oleh perosak seperti tikus, nyamuk dan lebah.  Walau bagaimanapun, kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai pada harta benda boleh memudaratkan kewangan, tekanan perasaan dan berpotensi menjadikan struktur tidak selamat untuk didiami.
Anai-anai mula berkerumun mencari lokasi baru apabila cuaca mula panas, dan biasanya selepas musim hujan. 

Anai-anai mengambil masa yang sangat singkat untuk merebak. Dalam beberapa hari, mereka boleh membiak kepada tahap apa yang kita anggap sebagai satu serangan. Pemilik rumah perlu mengambil setiap kemungkinan dan pastikan bertindak dengan cepat untuk melindungi rumah.

Anda boleh mendengar anai-anai pada waktu malam jika anda mempunyai koloni yang aktif di dalam rumah anda. Perosak ini mengeluarkan bunyi seperti sesuatu sedang mengguris kayu dari dalam jika anda cuba dengar dengan cukup teliti.

Bergantung pada saiz rumah, bangunan atau struktur lain, ia mungkin mengambil masa 3 – 5 tahun untuk kerosakan anai-anai menjadi nyata– ini bergantung pada saiz koloni. Sesetengah penyelidikan mendapati bahawa ia akan mengambil masa sehingga 15+ tahun untuk anai-anai untuk memusnahkan rumah anda sepenuhnya.

5 Tanda Serangan Anai-anai

1- Tingkap atau Pintu tersekat. Adakah anda mempunyai tingkap atau pintu yang baru-baru ini terasa tersekat, atau tiba-tiba menjadi lebih sukar untuk dibuka atau ditutup? 

2- Kerosakan di bawah Cat atau Kertas Dinding. 

3- Sayap bertaburan kalau anai anai yg jenis terbang

4- Tiub Lumpur.

5- Najis Anai-anai.

Dengan keupayaan dan penyesuaian khusus, anai-anai boleh memakan kayu kerana secara amnya ia sukar untuk makan haiwan, tumbuhan atau benda lain. 

Mereka hidup dan mati untuk berkhidmat kepada permaisuri mereka. Walaupun anai anai pekerja dan askar hanya hidup sehingga dua tahun, tapi ratu anai-anai boleh bertahan sehingga 25 tahun.

Selain kayu di dalam rumah, anai-anai tertarik dengan kelembapan dalam sesuatu ruang, kayu yang bersentuhan dengan asas rumah, dan rekahan pada bahagian luar bangunan. 

Pemilik rumah boleh mengurangkan risiko serangan anai-anai dengan mengikuti cadangan berikut:

1- Jangan biarkan kayu bersentuhan dengan tanah ataupun simen. Surat khabar dan majalah yang diletakkan diatas simen juga boleh jadi saya penarik bagi anai-anai.

2- Jangan biarkan kelembapan wujud dalam ruang yg gelap seperti stor

Apa haiwan yang makan anai-anai?

Anai anai sering menjadi mangsa haiwan bersayap. Ini termasuk kelawar, burung walet, spesies burung hantu dan juga burung pemakan bijirin seperti burung merpati. 

Didarat, anai-anai juga menjadi makanan untuk haiwan kecil, termasuk beberapa jenis musang dan tenggiling tertentu. Mereka juga dicari sebagai makanan oleh mamalia kecil lain, beberapa reptilia dan spesies labah-labah dan semut tertentu.

Selain menjadi mangsa yang mudah bagi sesetengah haiwan, anai-anai juga dimakan oleh orang asli di beberapa negara, seperti orang Asli Australia. Kebanyakan kumpulan ini juga menggunakan anai-anai dalam rawatan perubatan dan sebagai makanan tambahan.

 Cicak dan semut adalah dua haiwan yg mudah untuk didapati di Malaysia dan Indonesia. Kedua duanya boleh dijadikan pemakan anai anai. Cicak makan anai-anai tapi jumlah anai-anai yang dimakannya adalah terhad. Mungkin cicak cepat kenyang selepas makan beberapa anai-anai. Selalunya satu rumah mempunyai ribuan anai anai dan seekor cicak tak mampu untuk makan beribu anai-anai dalam masa yang singkat. Anda juga semestinya tak suka bila ada banyak cicak dalam rumah untuk makan beribu anai-anai dalam rumah anda. Perlu diingatkan bahawa kadar pembiakan anai anai semestinya lebih cepat berbanding berapa anai-anai yg boleh dimakan oleh cicak. Maka cicak dikira tidak berkesan dalam menangani masalah anai anai.
Tidak seperti semut terutama semut tanah yg berwarna hitam dan bersaiz besar. Satu ujian telah dilakukan dimana satu kayu yg sudah mempunyai koloni anai anai didalam nya diletakkan di sebelah sarang semut. Dalam masa 2 minit semut mula keluar dari sarang dan mengerumuni kayu tersebut. Kelihatan anai anai ditarik keluar dari kayu dan dibawa masuk ke dalam sarang semut. Ada anai anai  yang ditarik kepala dan kaki oleh dua semut yang berbeza sama seperti adegan ganas dalam filem Jurassic Park. Dalam masa 30 minit semua anai-anai habis dimakan oleh semut. Bukan saja anai anai, malah telurnya pun diangkut sekali. Begitulah berkesannya semut terhadap anai-anai.
Maka tak salah jika anda ingin mencuba kaedah ini terlebih dahulu sebelum anda berbelanja ribuan ringgit memanggil pest control. Bagaimana cara untuk membawa semut tanah ini ke rumah atau ruang yang sudah mempunyai koloni anai anai, ianya terpulang kepada anda. Mungkin anda boleh mengambil sebahagian kayu yang ada anai anai dan letakkannya didalam bekas. Bila semut sudah mengerumuni bekas, anda boleh tutup bekas dan bawanya ke tempat yang anda inginkan. Disana nanti pandai pandai lah semut tadi buat kerja. Harap tips ini membantu.

Ada kenalan yang menghadapi masalah anai-anai? Kongsikan dengan mereka
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan