Tempat lepak menarik berdekatan pekan Baling
Pada hari Sabtu lepas anak saya dapat pelepasan daripada MRSM Baling untuk berjalan-jalan keluar ke bandar. Saya pun ambil peluang ini untuk berjumpa dengan anak saya tapi dalam masa sama, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di disekitar pekan Baling. Cuma malangnya berdasarkan dari pengalaman sebelum ini, susah nak cari tempat menarik dan makanan yg sedap di pekan Baling. Dari Google pun amat terhad informasi yang kita boleh dapat. Pada awalnya saya teringin sangat nak tengok Terowong Komunis tetapi dari apa yang saya dapat tahu dari Google bahawa, laluan untuk masuk ke terowong Komunis tiada access dengan laluan kereta. Maka pada hari tersebut saya terpaksa batalkan perancangan saya untuk melawat terowong komunis. Kami ambil anak dari MRSM baling pada pukul 12 tengah hari dan terus ke KFC Baling untuk makan tengah hari. Namun kami kecewa kerana di KFC baling tiada roti dan juga Coleslaw untuk set snack plate & dinner plate. Burger pu...