Tempat lepak menarik berdekatan pekan Baling

 Pada hari Sabtu lepas anak saya dapat pelepasan daripada MRSM Baling untuk berjalan-jalan keluar ke bandar. Saya pun ambil peluang ini untuk berjumpa dengan anak saya tapi dalam masa sama, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di disekitar pekan Baling. Cuma malangnya berdasarkan dari pengalaman sebelum ini, susah nak cari tempat menarik dan makanan yg sedap di pekan Baling. Dari Google pun amat terhad informasi yang kita boleh dapat. Pada awalnya saya teringin sangat nak tengok Terowong Komunis tetapi dari apa yang saya dapat tahu dari Google bahawa, laluan untuk masuk ke terowong Komunis tiada access dengan laluan kereta.

 Maka pada hari tersebut saya terpaksa batalkan perancangan saya untuk melawat terowong komunis. Kami ambil anak dari MRSM baling pada pukul 12 tengah hari dan terus ke KFC Baling untuk makan tengah hari. Namun kami kecewa kerana di KFC baling tiada roti dan juga Coleslaw untuk set snack plate & dinner plate. Burger pun tak boleh buat sebab roti tak ada. Kesian KFC Baling sebab seolah-olah macam dianaktirikan oleh KFC. Mungkin sebab lokasi KFC baling jauh dari outlet KFC lain.  Oleh kerana kami tak pandai sangat dengan pekan baling ni maka kami pun terus juga order makan di KFC ini walaupun set yg kami terima tak lengkap 
 selepas makan kami cuba jalan-jalan dan saya teringin melihat bukit Baling dari dekat. Kami memasuki laluan kecil dan menghala ke arah bukit. Setibanya saya di sana saya amat terkejut dengan keindahan sungai, rumput hijau dan juga Bukit seolah-olah saya berada di Lauterbrunnen Switzerland cuma air sungai ni warna coklat.

Di tepi sungai terdapat pelbagai gerai menjual kopi, nasi makan tengah hari dan juga makanan petang. Saya tertarik dengan beberapa gerai yang menyediakan tempat yang unik terutamanya yang diperbuat daripada buluh
 Kami singgah di salah satu gerai yang terdapat di sini iaitu kedai kopi FH Runner. Selain kopi yang sedap, kita juga dapat menikmati pemandangan yang cantik berserta dengan bunyi deruan air. Saya tak tahu harga air ini sebab bila saya tanya isteri dia tak nak jawab. Ada Hazelnut, Vanilla, Latte dan Caramel.

 Selepas tu kami order juga cucuk udang. Cucur udang juga sedap. pendek kata memang seronoklah datang sini sebab disamping makanan yang sedap kita juga dapat menikmati pemandangan yang cantik. Tak jauh dari tempat kami, ada juga tempat untuk berkelah dan mandi manda.  
Insyaallah kami akan datang ke sini lagi jika kami datang ke Baling. paling tidak sekarang ni kami dah ada Port makan yang menarik. Tempat ni serious boleh ulang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth