60 ayat yang orang susah nak percaya

Lumrah dalam kehidupan kita ada ayat-ayat yang bila kita dengar, kita susah nak percaya. Disini saya sertakan 60 ayat atau dialog yang orang susah nak percaya.

▪️Awak terlalu baik untuk saya
▪️Cerita sini habis sini
▪️Jangan risau
▪️sumpah i tak ade perempuan lain 
▪️In Syaa Allah......ada nanti aku bagi.....
▪️Dapat gaji aku bayar..
▪️Sumpah tak cerita kat org
▪️Bulan ni banyak nak guna duit la ..bulan depan boleh tak....
▪️Nanti bagi no akaun
▪️sat ja orang tak nampak pun..
▪️On the way... 
▪️Tak kan tak caye kat aku
▪️Bulan depan aku bayar
▪️Dalam ni buah elok bang
▪️Loan dah lulus dapat duit minggu depan . Nanti aku setel hang .. 
▪️Tunggu sekejap
▪️Jap lagi aku transfer
▪️Lepas rakam abang delete
▪️Kang aku datang balik
▪️Nanti jumpa saya bagilah terus( Padahal boleh transfer atau bank in je)
▪️Besok boleh?
▪️Pinjam lighter sat
▪️hello..nanti aku call balik
▪️Dekat dah
▪️Dapat duit claim teman bayor ler
▪️Esok nak diet
▪️Kau keeper dulu nanti kita tukar.
▪️lima minit je dari rumah aku.
▪️Balik ni saya bincang dengan isteri dulu
▪️Lock dulu bang…minggu depan saya bayo
▪️pi dulu sat lagi aku sampai...
▪️"Kejap aku tgh bersiap"
▪️"I Dekat tmpt kerja lah u"
▪️"Tengah ada meeting ni"
▪️Kita menang rakyat senang..
▪️Aku support hang dari belakang…
▪️Tolong bayarkan...lupa cucuk duit pulak
▪️Janji tak tipu 
▪️Ada masa aku pergi
▪️Saya sayang awak seorang je
▪️bank in seratus...esok aku bayaq
▪️Kita kayuh/ride santai saja
▪️Janji tak buat lagi
▪️ Esok masalah air akan selesai. 
▪️Cash is king, King is rakyat
▪️Pakai dulu bayar kemudian
▪️Esok berhenti merokok.. hari ni last...
▪️Boss...saya mc hari ni...
▪️Aku ikhlas ni
▪️Aku pinjam sekejap jer
▪️Sumpah aku tak tipu
▪️Laaa aku belum bayar ka
▪️Dijamin sampai esok
▪️Dah nak siap dah
▪️Abang akan bertanggungjawab
▪️Rokok tertinggal pulak..!!! Mai sebatang
▪️Booking dulu...nanti aku bayar
▪️ sekarang ada dlm toilet
▪️Jom lepak kedai mamak - dari agen insurans, unit trust
▪️Laaa aku lupa bawa duit
▪️jadi apa apa aku mesti cover punya.
▪️kalau saya menang pilihanraya, saya akan...
▪️Sorry tengah sibuk sekarang
▪️esok aku belanja hang pula

Ada yg nak tambah?silakan di ruang komen


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth