Masalah tinggal di kawasan perumahan elit
Baru ni viral berkenaan dengan mengapa orang yang mempunyai kewangan yang lebih patut tinggal di kawasan yang berstatus elit dan bukannya di kawasan yang biasa biasa.
kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca tentang apa yang kenalan saya telah alami ketika mereka tinggal di rumah berstatus kawasan elit ini
Sumber dari Kamarul Ilmar Ramli:
Namun apa yg post ini ceritakan tentang orang kaya yang tak kisah dengan apa kereta atau apa barang mereka guna antara kejiranan itu ada betulnya.
Tetapi…
Tak semua kejiranan elit yang dikatakan berstatus tinggi ini mempunyai mentaliti yang begitu high class seolah semuanya beradab dan menghormati satu sama lain.
1) Rempit
Siapa kata orang kaya yang berkereta Ferrari atau Lamborghini atau bermotor kuasa tinggi ni semuanya sopan santun.
Pernah saya adukan kepada pihak pengurusan dan sekuriti taman tentang pemilik kereta dan motor mewah ini yang selalu seolah sengaja mempress minyak bawa laju-laju dalam kawasan perumahan di tengah malam sampai meletop-letop bunyi enjin walaupun had laju ditetapkan bawah 30km/j di dalam kawasan “elit” itu.
Pernah ada kes kemalangan juga bila sebuah kereta Ferrari melanggar seorang budak yang sedang berjalan kaki.
2) Najis
Kawasan perumahan elit ini biasanya mempunyai taman dan kawasan riadah yang cantik dan dijaga dengan rapi. Memang tenang dan seronok kalau bersiaran atau bersenam di sekitar kawasan perumahan ini.
Kawasan saya dulu sampai sungai bakau dan muara sungai pun jadi private property.
Tetapi ada juga orang kaya yang acah-acah selebriti yang memiliki breed anjing peliharaan yang mahal-mahal seperti Rottweiler, Bulldog, Terrier dan lain-lain yang selalu berjalan-jalan dengan anjing mereka terlalu malas nak kutip najis yang dihasilkan oleh pet mereka di kawasan taman, walaupun papan tanda sebesarnya yang mengingatkan residen yang bersiar dengan pet perlu membersihkan najis pet peliharaan mereka sewaktu bersiar-siar.
3) Parti
Ramai juga expatriate atau warga asing yang kaya membeli rumah di kawasan elit ini.
Ada diantara mereka yang datang dari negara barat yang sudah terbiasa dengan budaya home party mabuk-mabuk, bising-bising sampai tengah malam.
Rumah yang bertentangan dengan rumah saya dulu, setiap bulan sekali akan ada je parti dengan memasang lagu kuat-kuat sampai jam 2-3 pagi.
Sekuriti sudah banyak kali beri nasihat dan amaran.. tapi tu la warga amor ni mana makan saman.
4) Busuk
Ada seorang kawan isteri saya warga Jepun, sampai terpaksa berpindah dari rumah sewa di kejiranan elit di situ kerana jiran di belakang rumahnya membela kucing di dalam sangkar berpuluh ekor sampai melimpah ruah di ruang parkir kereta dan balkoni.. dan tidak menguruskan najis dengan sempurna menyebabkan bau busuk dan hancing sehingga ke rumah kawan isteri saya itu.
5) Menjolok
Walaupun se-priivate mana kawasan elit ini sekalipun, bagi sayalah, residennya masih perlu menjaga adab berpakaian.
Memang selalu beristighfar jugalah bila terlihatkan residen terutama wanita yang selalu berbikini seksi yang baru habis berswimming pool melintasi depan rumah saya. Sekurangnya balut la dengan towel atau pakai baju lain kan sampai tak tertonjol dua bonggol tu.
Mungkin ada yang kata.. nak buat macam mana orang barat memang camtu… ehh.. yang IC melayu pun ramai tau..
Walaupun masih ada beberapa dark side di kejiranan elit sebegini… ya lah mana ada tempat yang sempurna ya dak, tapi tu la.. ada perkara yang perlu kita bersabar dengan perangai sesetengah residen.
Point yang saya suka tinggal di kawasan perumahan elit ini ialah, kebersihan dan peyelenggaraan yang dijaga amat rapi dan memang seronok kalau berjalan-jalan dalam kawasan perumahan ini.
Kenderaan pun tak berselerak di bahu jalan, dan tiadanya rumah-rumah yang diubah suai atau di panjangkan sampai menganggu kejiranan lain.
Itu antara syarat Strata yang agak ketat tidak membenarkan renovasi rumah secara ekstrim.
Cuma satu saja yang amat-amat kurang dalam kawasan elit di tempat saya dulu ialah dari sudut masyarakat Melayu Islam kita ialah kurangnya aktiviti bermasyarakat seperti kenduri-kendara, gotong-royong, aktiviti keagamaan dan sebagainya. Surau pun takde. Memang minoriti sangat.
Tak tahulah kawasan lain."
Itulah serba sedikit yang dikongsikan oleh beliau tentang sisi gelap kawasan perumahan elit ini.
Ulasan
Catat Ulasan