Beli rumah Sabsales: Apa perlu buat lepas dapat kunci rumah

Sekiranya anda baru dapat kunci rumah, ada beberapa lagi perkara anda perlu buat jika anda beli subsale property. Takkan masuk tanpa elektrik, air dan lain lain kan?

Lawyer tak buat urusan ni sebab had mereka bab perundangan sahaja. Maka anda kena buat sendiri urusan utiliti dsb. Ada juga sesetengah lawyer yang mungkin tawarkan perkhidmatan untuk settlekan semua urusan ni dengan charge tambahan. Tapi baik jimat duit dengan buat sendiri sebab tak susah pun sebenarnya dan masuk rumah pun banyak pakai duit.

1. Syarikat bekalan air. Cuba check website syarikat bekalan air kalau ada maklumat tentang apa yang diperlukan untuk pendaftaran. Tak ada lah nanti dah datang baru tahu itu tak ada, ini tak ada. Biasanya perlu copy perjanjian jual beli atau dalam English nya Sales & Purchase Agreement ( SPA). Juga perlu ada deposit.

2. TNB - tukar nama dalam akaun dan perlu letak deposit baru. Bawa SPA copy. Download borang di website dan isi dulu sebelum datang kalau boleh sebab ini akan jimatkan masa. Tapi kalau tak ada, tak apa sebab boleh buat di kaunter. Proses di tnb so far superb. Kalau meter dah cabut, tiga hari working days dah selesai. Atau lebih senang download application Tnb di phone dan terus apply kat situ ja lagi mudah

3. Indah Water - paling senang, cuma bawa S&P copy saja.

4. JMB - jika rumah high rise ataupun yang rumah landed yang mempunyai pengurusan sendiri, anda perlu juga kepihak pengurusan bangunan utk tukar maklumat pemilik di dalam rekod. Invoice maintainence etc akan diletakkan nama anda.

5. Majlis Bandaran - ikut kawasan mana anda beli. Pergi ke Jabatan Pernilaian untuk tukar nama dalam cukai taksiran. Juga perlukan S&P copy. 

Secara ringkas semuanya memerlukan copy perjanjian jual beli, IC dan duit. Juga kerajinan untuk check website yang saya sebutkan tadi. 

Moga info ni bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan