Cara menghilangkan bau hapak air-cond kereta

Kali ni saya nak tunjukkan cara berkesan untuk menghilangkan bau hapak dari air-cond kereta. Pertamanya kita kena tahu bahawa secara am punca bau hapak dari air-cond kereta adalah dari kuman dan fungus. Maka kita kena pastikan bahawa kuman dan fungus ini mati terlebih dahulu sebelum kita bazirkan banyak lagi duit untuk menghilangkan bau tersebut.
1. Mula mula kita kena cari disinfectant yang boleh mambasmi bakteria dan fungus. Ada banyak jenama tapi saya cari yang murah saja. Saya beli ni di kedai mr.diy tapi sebenarnya ada juga dijual di Speedmart dengan jenama lain. Cuma kena hati hati sebab ada disinfectant yg tak boleh membasmi fungus. Jangan beli yg macam ni sebaliknya pastikan yang kita beli tu boleh membasmi fungus sekali. Harga disinfectant ni sekitar RM10 sahaja.
2. Start enjin kereta
3. Hidupkan air-conditioning.

4. Kuatkan kipas sehingga tahap maksimum
5. Tukar atau pastikan mode udara air-cond adalah udara dari luar.
6. Keluar dari kereta dan cari lokasi lubang lubang kecil yang terletak berhampiran dengan cermin depan( windshield). Ini adalah lubang dimana udara dari luar akan masuk ke sistem air-cond kereta.
7. Sembur disinfectant ke lubang ini selama 30~45 saat.

8. Biarkan kereta selama 10 minit.

9. Tahan nafas dan masuk kereta dengan segera sebab masa ini ketumpatan racun semburan mungkin tinggi. Tukar mode udara atau air intake air-cond ke recirculation.

10. Keluar kereta dan biarkan enjin hidup selama 10 minit.

Anda akan dapati bau hapak sudah hilang atau mungkin berkurangan dari sebelumnya.

Anda boleh dapati versi YouTube untuk post ini dengan click https://youtu.be/RaK9qEIjgLY

Selamat mencuba dan tulis hasil anda di ruangan komen.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth