Cara tanggalkan double side tape dari side mirror dengan selamat

Kebanyakan kereta mesti akan lekatkan cermin wide angle di side mirror. Tapi bila wide angle mirror terjatuh dan yang tinggal adalah sebahagian darinya, mesti kita akan sakit mata. Lebih malang lagi ada yang tak boleh ditanggalkan dan mungkin akan menyebabkan side mirror pecah jika kita tidak berhati-hati semasa mencabut sebahagian wide angle mirror yang tertinggal.

Kali ni saya nak tunjuk cara kita tanggalkan gam yg melekat kuat dekat side mirror kereta.

Bahan bahan: Air panas , screw driver mata rata

Cara

1. Tuang air panas ke bahagian Double side tape yang melekat kuat dengan side mirror.
2. Tunggu seminit
3. Ambil screw driver dan cungkil perlahan-lahan



4. Double side tape akan tertanggal dengan mudah dan selamat

Moga bermanfaat dan selamat mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth