Langkawi vs Thailand

Baru-baru ni kecoh juga sebab ada yang mengatakan melancong ke Thailand lebih berbaloi berbanding pergi ke Langkawi.  perkara ini hebat diperkatakan hinggalah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Kedah sendiri. 


  Dalam hidup saya saya pernah pergi ke Langkawi sebanyak tiga kali berbanding dengan Thailand yang mungkin lebih dari 20 kali.  bukan nak memperkecilkan Langkawi tetapi secara Hakikatnya yang saya tidak mampu untuk melancong ke Langkawi.  Bayangkanlah belum sampai ke Pulau Langkawi lagi saya perlu menghabiskan hampir  beratus ringgit untuk feri dan juga parking kereta. 

 kemudian setibanya di sana saya perlu menyewa kereta yang kosnya adalah lebih kurang RM100 setiap hari. kemudian kos penginapan juga beratus RM. bab makan dari segi rasa tak ada beza pun antara Langkawi. bab harga makanan Saya tak nak complain sangat sebab saya faham nak mbawa bahan mentah ke Langkawi juga memerlukan kos tambahan.

 berbanding dengan Thailand contohnya Danok. kos yang diperlukan adalah pasport ataupun border pass, Parking kat Zon bukit Kayu hitam pun boleh dan kemudian jalan kaki. kemudian RM2 duit orang isi embarkation form, RM2 pegawai imigresen dan kemudian jalan kaki masuk. Settle.

Kalau nak pergi Hatyai boleh isi minyak siap siap, isi borang bawa masuk kereta dan bayar insurans RM20+(kalau tak silap) kemudian terus drive saja. Hotel pun murah. RM50 tu biasa boleh dapat.

Bab makan Thailand memang tak boleh banding dengan Malaysia kalau kita jenis pandai cari spot makan. Mewah.

Masa duit Malaysia sama level dengan Thailand dulu, saya pernah pergi Thailand 3 kali dalam sebulan.

Kos keseluruhan bercuti di Thailand lebih murah dari bercuti di Langkawi.

So kalau orang complain pasal Langkawi, memang saya tak boleh menafikannya. Setuju sebab saya tak mampu. Fikir banyak kali. Hanya mampu tengok Langkawi dari Kuala Perlis saja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth