Sebab kenapa pendaratan ke manusia bulan adalah kejadian yang benar-benar berlaku

Mesti ramai yang pernah dapat artikel ataupun post berkenaan Neil Armstrong mendarat di bulan adalah penipuan semata mata.  Terpulang kalau tak percaya cuba saya nak kongsikan juga pendapat saya tentang hal ni berdasarkan beberapa maklumat dan logik akal. Saya senaraikan seperti dibawah.


1. Program Apollo bukan hanya 1 malah ada 17 program kesemuanya. Apollo 1~10 adalah testing secara berperingkat dan 11~17 sampai ke bulan.

2. Neil Armstrong juga pernah ke angkasa lepas dalam program Gemini pada tahun 1966, sebelum program Apollo.

3. Ada 3 astronaut mati dalam program Apollo. Takkan lah ada yg sanggup berlakon mati kan? Tinggal bini dan anak kecil lagi.

3. Ada beribu yg saksikan pelancaran di sekitar tapak pelancaran.

4. US belanja duit yg banyak untuk program Apollo sampai dikritik oleh rakyat Amerika sendiri. Kebanyakan berpendapat duit yg dibazirkan untuk program angkasa sepatutnya digunakan di bumi Amerika sendiri.Kalau nak berlakon, US tak perlu susah payah nak spend duit banyak.

5. Ada TV yg buat simulation perjalanan angkasawan di set lengkap macam bulan betul betul. Mungkin gambar set ni yang tersebar sehingga timbul teori konspirasi.

6. Pada zaman tu kalau nak buat penggambaran tipu pun, orang boleh tahu tipu atau tak sebab teknologi perfileman masih tak bagus masa tu. Quality gambar filem sains fiksyen zaman tu masih kelakar.
8. Banyak sampel batu yg dibawa balik untuk kajian saintis dari seluruh dunia.

Anda ada sebarang komen nak tambah? Silakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan