Civic FE: Cerita kami dapat kereta awal
Kali ni nak cerita bagaimana kami terdapat kereta Honda Civic FE awal dari jangkaan.
Kami booking bulan 5. Booked V spec color silver sebab saya tak suka RS. Tak minat dengan spoiler, side mirror hitam, door handle hitam. Sport rim 18 inci warna hitam pun tak kena dengan selera saya. Dalaman pun warna hitam dan tempat duduk gabungan fabric dan leather juga tak kena dengan jiwa saya.
Awal lagi sales advisor bagitau yang kereta akan dapat lambat sebab masalah semiconductor yang datang dari China. Saya sedia maklum berkenaan hal ini sebab selalu keluar berita bab masalah part supply yang datang dari China akibat pembenterasan COVID 19 yang agak " over" dari kerajaan China.
Setiap bulan saya bertanya tentang status tapi jawapan sama dan kami jangkakan kami akan dapat kereta dalam February 2023.
Bulan October tiba dan tiba tiba Sales Advisor call saya tanya saya nak jual kereta Honda civic FC saya atau tidak sebab ada orang tengah cari model ni. Memang saya ada nyatakan hasrat untuk jual kereta lebih awal sebab takut value kereta jatuh jika saya jual tahun depan. Tapi saya bagitahu yang saya kena fikirkan semula sebab macam penting saya ada kereta dimasa ni. Apa pun saya bagi gambar kereta saya sebagai rujukan atau tujuan marketing. Selepas dapat gambar sales advisor bagitau warna yg pembeli tu cari adalah dark grey dan bukannya silver macam kereta saya. Saya ok je.
Esoknya sales advisor call lagi tapi kali ni sebab lain. Sepatutnya lambat lagi dapat sebab dalam list menunggu terbaru, saya ni giliran nombor 9. Tiba tiba dealer dapat color silver sedangkan yg giliran nombor 1 color lain. Depa cuba minta tukar dengan Honda Malaysia untuk color lain tapi tak dapat. Yg giliran nombor 1 pun tak nak tukar color kepada silver. Dalam list mereka saya saja yg booking silver. Last last dapat kat saya dulu walaupun saya nombor 9.
Ulasan
Catat Ulasan