Episod 2: Pengalaman memiliki 3 generasi Honda Civic

  Masa mula-mula model FE dikeluarkan di Malaysia, saya rasa saya tak berminat langsung dengan bentuk luarannya. Saya rasakan dari segi bentuk luarannya ia agak terkebelakang berbanding dengan model yang terdahulu.  Model FC dan juga FD mempunyai ciri-ciri bentuk supercar.  Malangnya model FE patah balik kepada asas model kereta Sedan.  Terasa kereta model Honda FE ini sepatutnya wujud pada tahun 1990 an sahaja.

 Semasa berada di Kuantan, saya sempat ke showroom untuk servis kereta dan ternampak Honda Civic FE depan mata.  Isteri saya terus teruja tetapi saya tidak.
 Kebetulan kereta tidak dikunci dan saya berpeluang untuk masuk ke dalam kereta untuk melihat ruang dalam secara lebih dekat. Ruang dalam juga tidak dapat menarik perhatian saya dan bagi saya design nya agak terkebelakang juga . Ternyata ruangan dalam model FC dan FD adalah lebih baik berbanding dengan model yang terbaru. Cerita kami dengan model FE habis begitu sahaja kerana kami langsung tak berminat dengan kereta ini

  Pada masa sama saya nampak banyak iklan, YouTube berkenaan dengan model FE ni. Jurujual kereta Honda yang pernah saya beli dahulu juga ada menghubungi saya dan berkongsikan maklumat dan promosi tentang model yang terbaru ni. 

 Walaupun dari segi bentuk dan rupanya tidak kena dengan jiwa saya tapi saya rasakan dari segi performance dan juga keselamatan ianya jauh berbeza berbanding dengan model FC. Maka saya pun memberanikan diri membuat temujanji untuk pandu uji kereta ini.

  Temujanji dibuat di Honda motoria Perai Pulau Pinang yang mana ianya adalah tempat saya membeli 2 model kereta Honda Civic sebelum ini. Saya mula membeli Honda Civic melalui Motoria Perai kerana pada 2011 saya bekerja di kawasan Perai. Mudah untuk saya hantar servis kereta jika saya terpaksa menghantar servis kereta pada hari bekerja.

 Setelah pandu uji, ternyata Honda Civic FC ini lebih selesa, kabin lebih senyap, gegarannya juga kurang dari model sebelumnya. Saya juga cuba untuk menggunakan auto Cruise. Saya tertarik dengan fungsi auto Cruise model ini kerana ianya mempunyai sensor di bahagian depan yang boleh memperlahankan atau memberhentikan kenderaan kita mengikut situasi dihadapan kereta. Jika kita memandu kereta hingga ke lampu isyarat kereta kita akan perlahan dan akhirnya berhenti mengikut kereta hadapan. Bila kereta di hadapan bergerak, kita akan dapat satu notifikasi dan kita hanya perlu menekan minyak sikit sahaja dan kereta secara automatik akan mengikut kereta hadapan.  Saya amat sukakan fungsi ini kerana seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, saya selalu mengalami masalah kejang kaki semasa memandu jarak jauh. Dengan fungsi ini ianya dapat membantu saya memandu kereta dengan lebih lancar dan selamat.

 Tanpa membuang masa kami pun terus membuat tempahan untuk kereta model ini. Tempahan dibuat pada Mei 2022. Kami menempah V spec kerana bagi kami Honda Civic model RS tak sesuai dengan kami. antara sebab ianya tidak sesuai dengan kami adalah

1. kerana ruangan dalam atasnya (headlining )berwarna hitam
2. Kerusi nya bukan full leather.
3. Pemegang pintu berwarna hitam
4. Side mirror berwarna hitam
5. Spoiler berwarna hitam dan bentuknya tidak cantik 
6. sport rim nya warna hitam


Bab warna, agak sukar untuk kami tentukan pada ketika itu. Warna yang menarik perhatian kami adalah meteorit grey. Bagi kami warnanya kena dengan design kereta ini. Cuma pada masa sama kami juga takutkan dengan warna yang gelap ni kerana kesan calar ataupun kotor mudah nampak. Warna yang selamat untuk kereta bagi kami adalah warna silver. Bagi kami ini adalah warna yang paling senang untuk dijaga.

Akhirnya kami pilih warna silver sebab kami takut nak ambil risiko warna lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan