Kereta baru: Cara selesaikan masalah Android Auto tak berfungsi

Selepas hari ketiga dapat kereta, barulah saya ada masa nak kisahkan fungsi Android Auto di kereta baru Honda Civic FE. Selama ni memang rajin pakai Android Auto untuk tengok maps dan dengar lagu dengan Honda civic model FC. Mula mula dulu boleh dengar lagu yang kita simpan dalam phone untuk dimainkan melalui Android Auto tapi sejak kebelakangan ni dah tak boleh. Mungkin software ada update. Hanya Spotify dan YouTube music saja yang boleh. Masalahnya saya punya data handphone cuma 6gb sebulan dan Spotify dan YT music akan makan data yang banyak. Bila lalu dikawasan kampung yang tiada internet, lagu pun terputus. 

Lagu yang kita simpan dalam handphone hanya boleh dimainkan melalui Bluetooth connection sahaja. Bila kita sambungkan wayar untuk paparkan Google maps di screen kereta, automatik lagu Bluetooth akan dimatikan. Maka kita kena pilih sama ada nak tengok maps ataupun dengar lagu. Tak boleh dapat dua dua secara serentak.

Saya ambil wayar handphone yang saya biasa gunakan di Honda Civic FC sebelum ini tapi Android Auto tak berfungsi. Kemudian saya cuba untuk download semula applikasi Android Auto melalui website ini. Saya install aplikasi yang terbaru. Namun Android Auto masih tidak berfungsi di kereta baru.

Kemudian saya ambil handphone anak saya yg pernah saya install Android Auto. Saya sambungkan handphone tersebut dan saya dapati Android Auto mula berfungsi di screen kereta. Ini bermakna handphone saya ada problem.
Saya cuba bandingkan versi app Android Auto saya dengan handphone anak. Mungkin saya perlu install app yg versinya sedikit lama. 

Selepas saya install, saya cuba sambungkan dengan kereta tapi masih gagal. Kemudian saya pergi ke bilik saya untuk ambil wayar yang datang sekali dengan handphone masa saya beli dulu. Kira wayar original lah. Lepas saya sambungkan wayar tersebut, Android Auto mula berfungsi.
Saya berpendapat handphone saya support ultra fast charging dan hanya wayar atau cable yang support ultra fast charging sahaja boleh membuatkan Android Auto berfungsi. Masalahnya wayar original ni panjang dan berwarna putih. Tak sesuai dengan warna disekitar tempat charging handphone dalam kereta yang berwarna hitam. Ini bermakna saya kena beli wayar atau cable baru untuk digunakan dalam kereta.

Sebelum tu saya kena tengok balik spesifikasi charge handphone saya. Saya dapati handphone saya support 3.0A charging. Ini bermakna saya kena cari wayar yang boleh charge 3.0A. Saya cuba cari di Lazada. Saya jumpa apa yang saya cari dan harga termasuk penghantaran adalah Rm11 lebih.

Hari ni saya pergi ke kedai accessories handphone untuk mencari wayar 3.0A yang pendek. Mula mula saya singgah Mr. DIY tapi yang paling murah adalah RM13 lebih dan panjangnya 1m. Saya tak jumpa yang lebih pendek dari itu. Saya tak nak wayar panjang berselirat di bahagian kokpit kereta.

Kemudian saya ke kedai accessories handphone dan jumpa apa yg saya cari iaitu wayar handphone 3.0A yang mempunyai kepanjangan hanya 30cm dan yang penting berwarna hitam. Harganya cuma RM5 sahaja.
Saya sambungkan wayar RM5 ke kereta dan Android Auto berfungsi!!!

Maka saya cadangkan anda untuk gunakan wayar yang sepadan dengan handphone anda. Jika handphone anda 2.1 A, gunakan wayar 2.1A. Jika handphone anda 3.0A, gunakan wayar 3.0A. Cara ini nampaknya berkesan untuk Honda FE.
Selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan