Pengalaman tengok kebangkitan pasukan bolasepak Jepun pada 1998
Hari ini bila bangun pagi saya dikejutkan dengan berita kemenangan Jepun ke atas Spain di pentas World Cup malam tadi. Ini menjadikan Jepun sebagai juara kepada kumpulan E dan berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik. Hampir mengalir air mata saya bila melihat reaksi pemain-pemain dan juga penyokong Jepun yang meraikan kemenangan di Stadium malam tadi.
Walaupun bukan negara sendiri tapi saya beruntung dapat perhatikan bagaimana Jepun bermula jadi negara yang hebat dalam bolasepak.
Jepun pertama kali memasuki piala dunia pada tahun 98 di mana ketika itu saya juga tahun pertama belajar di Jepun. Nama-nama pemain yang hebat ketika itu adalah Nakata, Nakayama dan Inamoto. Jurulatih pun Okada orang tempatan. Walaupun Jepun kalah kesemua perlawanan pada tahun 98 tetapi impaknya kepada rakyat Jepun amat besar masa tu.
Balik Jepun, nama mereka dijulang. Media massa bagi publisiti yg meluas. Bila ada antara mereka dapat bermain di luar negara, ada wartawan ikut dan cerita cerita mereka selalu masuk TV walaupun sebenarnya pencapaian mereka di negara tersebut tidaklah seberapa. Mungkin ianya propaganda tapi tak dinafikan ianya memberi semangat kepada generasi baru.
Okada kemudian digantikan dengan Philipe Truossier. Belum sempat next world cup saya dah balik kerja di Malaysia. Lepas tu dah tak follow perkembangan team bolasepak Jepun. Cuma tengok melalui Worldcup saja. Ada sekali Jepun lawan Malaysia beberapa tahun lepas. Masa tu Jepun belasah Malaysia tapi nasib baik Malaysia ada Khairul Fahmi Che Mat. Walaupun kalah tapi tak banyak.
Bila lah boleh tengok kebangkitan bolasepak Malaysia macamana saya sempat tengok kebangkitan bolasepak Jepun...di Malaysia kita masih lagi dok cerita pasal pemain naturalisasi.
Ulasan
Catat Ulasan