Kafe Adik Abang: Merasai Kelazatan Makanan Melayu Sambil Menikmati Pemandangan Indah

Alor Setar merupakan salah satu bandar penting di negeri Kedah yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan dan budaya Melayu. Salah satu tarikan utama di bandar ini adalah Kafe Adik Abang yang terletak di Jalan Alor Mengkudu, Kampung Tok Sirun, 05400 Alor Setar, Kedah. Kawasan yang strategik dan menawarkan hidangan Melayu yang lazat. Selain daripada pelbagai hidangan Melayu, pemandangan di kafe ini sungguh menakjubkan. Ramai orang akan membanjiri tempat ini untuk makan tengah hari. 

Kafe Adik Abang adalah tempat yang baik untuk makan bersama keluarga namun, terdapat kekurangan yaitu perlu menambah lebih banyak kipas angin kerana persekitaran agak panas pada waktu tengah hari.
Terdapat banyak pilihan ikan bakar, daging bakar, ayam goreng, ikan goreng, kari, asam pedas,gulai itik, kerabu mangga, kerabu kaki ayam, masak lemak cili api dengan sambal belacan dan ulam-ulaman untuk dipilih. Sungguh menyelerakan. 
Kafe ini juga luas dengan banyak tempat duduk. Sekeliling yang indah di sebelah sawah padi. Bahagian terbaik - perkhidmatan yang cepat, kakitangan yang mesra dan membantu.
Kawasan makan yang luas dan tempat letak kereta juga banyak. Dari segi harga, sangat murah dan berpatutan. Datang awal untuk mendapatkan tempat duduk yang paling best sambil menikmati pemandangan sawah padi. 
Sawah padi di sekitar kafe mencetuskan perasaan autentik Kedah sebagai negeri jelapang padi. 

Kafe Adik Abang merupakan tempat makan yang sangat popular di Alor Setar kerana ia menawarkan hidangan Melayu yang lazat, suasana yang selesa, dan pemandangan yang indah. Terdapat banyak komen yang memberi pujian kepada kebanyakan aspek kafe ini seperti pelbagai hidangan, perkhidmatan yang cepat, dan harga yang berpatutan. Namun, terdapat juga beberapa kelemahan seperti panas pada waktu tengahari dan barisan yang panjang untuk membayar. Walaupun begitu, Kafe Adik Abang masih menerima pujian daripada ramai pengunjung yang menyatakan bahawa ia adalah tempat yang sangat sesuai untuk makan bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi Kedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth