"Menikmati Kelazatan Yong Tau Foo Bagan Ajam Butterworth: Cita Rasa Pulau Pinang yang Menggugat Selera"

Hari ni, saya melawat restoran Yong Tau Foo yang terletak di Jalan Gangsa, Taman Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang. Restoran ini terkenal dengan Yong Tau Foo yang sedap dan menjadi tempat kegemaran saya untuk berkumpul bersama keluarga. Sebenarnya boleh dikatakan setiap hujung minggu saya kesini sebelum menghantar anak ke asrama. 
Restoran Yong Tau Foo Bagan Ajam ini buka pada jam 2:30 petang hingga 8 petang setiap hari, kecuali Khamis dan Jumaat. Selalunya kami sampai sini pada pukul 5pm dan restoran ini sudah ramai dengan pelanggan.

Namun, satu perkara yang mencabar bagi pelanggan adalah tempat letak kereta yang terhad. Kerana popularitinya, ramai pelanggan yang ke restoran ini dan kerapkali susah untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai.

Walaupun demikian, kesedapan Yong Tau Foo di restoran ini masih berbaloi untuk kita harungi cabaran mencari parking . Tiada tempat lain yang dapat menyamai rasanya. Hidangan ini terdiri daripada hirisan daging, sayur kangkung dan beberapa jenis fish cake, fish ball yang menjadi kegemaran saya. Saya suka dengan sambalnya yang lazat. Ada 2 jenis sambal yang bila dicampur akan menjadi bertambah sedap.

Harga di sini adalah sangat berpatutan, tetapi enak! Biasanya makanan saya hanya dikenakan RM3.80. Restoran ini telah mengalami banyak perubahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sekarang, ia lebih bersih, kemas, dan menarik. Yong Tau Foo yang disajikan di sini masih antara yang terbaik yang pernah saya makan.

Selain daripada Yong Tau Foo, disini  juga mempunyai gerai lain yang menjual pau, dim sum, dan mee kari. Rasanya juga sedap dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Satu lagi kelebihan restoran ini adalah kedudukannya yang berdekatan dengan Pantai Bersih. Pelanggan dapat menikmati angin laut dan melihat keindahan Pulau Pinang dari tepi pantai selepas menikmati Yong Tau Foo. 

Sekian lama saya bersama keluarga telah menjadikan Yong Tau Foo Bagan Ajam ini sebagai tempat kami berkumpul dan menikmati hidangan yang lazat. Ia tetap kekal sebagai restoran yang sangat saya syorkan kepada semua orang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth